Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

Selamat tinggal dunia..

Setelah lama kami tidak bertemu..dengan kesibukan masing-masing.. Aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari my hubby yang salah seorang makcik kami telah meninggal dunia. Tarikh yang bersejarah dalam golongan artis tempatan, 7 Sept 2013 2.20 petang maka pergi seorang lagi insan yang bergelar artis. Allahyarhamah Maimon Binti Talib  ,p emergiannya setelah mengharungi pelbagai dugaan dan keperitan. Penyakit kanser payudara tahap keempat sudah tidak dapat diubati. Allah maha menyayanginya..telah menamatkan keperitan hidupnya.. Beliau adalah seorang pelakon versatil yang tersohor dengan lakonan yang selamba dan sungguh berkesan. Sudah pasti kehilangan berliau ternyata satu kehilangan yang cukup besa buat industri seni hiburan tanah air khususnya drama dan perfileman kerana beliau seorang pelakon yang serba boleh dan sentiasa membawakan karektor lakonannya dengan hidup dan berkesan. Beliau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sialang Tangkak, di kampung