Skip to main content

Jangan sibukkan diri dengan gadget

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saje nak kongsi ngan korang...almaklumlah..zama dah berubah...zaman moden katakan..kih..kih..kih

Semalam aku lepak kat warong kopi lepas balik dari shopping.

Ada satu family ada 9 orang ramainya..lepak-lepak kat situ sambil menikmati makanan yang dipesan..echeh! ayat skema lak!

Ada mak, ayah, atok , nenek dan cucunyer skali..kecik-kecik je umur baru 3-7 tahun jerr.

Sambil dok diorang makan..sambil kusyuk dioarang melayan gadget masing2.

Yang ambil perhatian aku tu bukan pada yang lelain..tapi pada yang si paling tua..atok dan nenek dia..

Dok masing2 tengah layan gadget, main game laa..berwassap laa..sambil tersengih2 lagi..pastu ada lah pulah berselfie..perasaan cantik..perasan lawa..memang cantik pun..pakai baju tak cukup kain. hehehe

Sampaikan setiap makanan yang dipesan di ambilnya gambar.. pastu dah habis makanan lain ditelan pun diambilnya gambar lagi..haaa..nak post kat instagram lah tu..bagus u all terbaaaeeekkkkk..

Terbaekkk ke bende nyer..yang korang bawak mak bapak korang pi makan lepas tu..ngko biarkan kat situ duduk laki bini berbual berdua je...dah x de makna bawa mereka jalan kat luar weii...

Weiii..i kenal u all eaa..u jiran i...hahaha. Patutlah aunti tu cakap ngan i dulu.."now is different, my sons come back seldom talk to me already..everytime with  his gadget..go toilet oso must bring it"

Kesian auntie ngan uncle tu..kalu mereka tau mereka pun x ikut korang tau..aku jiran dia selalu dia mereka luah rasa. Yelaa..anak2 semua jauh..bila balik sesekali pun sibukkan dengan gadget jerr..kalu korang nak bagi peluang mak bapak korang berbual pun..dah hari2 selama 24 jam mereka berbual ..luahkan lah masa bersama mereka selagi ada yek!

Sayangilah dan hargailah mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Daun Cekur

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga mempunyai banyak khasiat.  Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang.  Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Cekur  mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Cekur yang dikenali sebagi kencur oleh masyarakat Jawa juga  mengandungi  vitamin B, C, protein dan mineral .   Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia y...

Khasiat Terung Pipit

Terung Pipit   atau nama saintifiknya Solanum tarvum yang mudah tumbuh khususnya di kawasan baru dibuka yang terdedah kepada cahaya matahari seperti di tepi jalan dan belukar.  S ejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai 1.5m tinggi.  Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih. Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C . Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. S...

Khasiat Pucuk Gajus

Gajus ataupun Anacardium occidental Linn adalah tumbuhan daripada keluarga anacardiaceae yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalamnya.  Daun pokok gajus berwarna hijau tua apabila matang dengan susunan berselang-seli berukuran 20 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar.  Daun gajus muda pula berwarna merah atau merah perang dan sering kali dijadikan ulam manakala rasanya yang kelat masam menjadikan ulam ini istimewa.  Pucuk gajus dipercayai boleh membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah manakala daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain. Selain itu, amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.