Selom atau Oenanthe javanica ialah sejenis ulam yang mempunyai khasiat untuk mengubati demam panas dan dijadikan ubat bagi mengawal penyakit tekanan darah tinggi. Selom boleh dijumpai hampir di seluruh kawasan Asia - India, Pakistan, Jepun, Taiwan, China dan di bahagian utara Australia. Selom tumbuh liar di kawasan paya, tepi sungai dan kawasan tanah lembap. Ia adalah tumbuhan herba, tidak berbulu, licin dan biasanya tumbuh dengan subur di tempat lembap. Batang selom berbuku dan mempunyai ruas yang berongga. Ia tumbuh tegak daripada batang mendatar, mempunyai banyak dahan, berwarna hijau dan ada kalanya kemerahan. Selom juga mampu memberi kesan sebagai agen antireumatik dan membantu menurunkan paras gula dan kolesterol pesakit diabetes.
Comments
Post a Comment