Skip to main content

TIP Nak Langsingkan Badan Dalam Tempoh 3 Bulan dengan Sup Kurus



Setiap insan tidak kira lelaki ataupun perempuan pasti ingingkan tubuh badan yang ramping lagi lansing seperti supermodel. Terutama kaum-kaum ibu yang selepas melahirkan anak sudah pasti inginkan kembali tubuh badan ala anak dara.
Untuk mendapatkan kembali tubuh badan menarik, ramai yang diluar sana sanggup menggunakan pelbagai produk sapuan dan ada yang terpaksa telan ubat-ubatan. Yang paling ekstrem sanggup tak makan dan ada juga bersenam sehingga mengakibatkan seluruh badan sakit. Haiii..sedih sungguh.

So, tip yang paling mudah diamalkan tanpa buang duit yang merepek banyak adalah mengamalkan makan sup sayur. Suo yang mudah disediakan. Resepinya di bawah.

Bahan A:-
4-5 ulas bawang putih tumbuk pecah (Khasiat: bakar lemak + buang kolestrol)
2 biji cili api hijau tumbuk pecah (Khasiat: bakar lemak)
2 batang serai diketuk (Khasiat: awet muda + membakar lemak + membantu sistem pencernaan + membuang angin dlm badan)
1 sudu besar minyak jagung..

Bahan B :-
100gm isi ayam potong halus (rendam dengan tepung gandum selama 1/2 jam bagi hilang lendir ayam) + rendaman ke-2 rendam dengan air garam 10 minit then cuci bersih nak buang kesan ubat antibiotics dicucuk pada ayam)
1.5L air tapis

Bahan C :-
Sawi
Cendawan tiram (Khasiat: awet muda)
Gula kelapa perang ORGANIC secukup rasa
Garam Bukit Himalaya (pink) secukup rasa

Cara memasak:
1. Panaskan periuk dan masukkan minyak jagung.
2. Tumis bahan A sehingga kekuningan.
3. Masukkan isi ayam dan gaul sehingga separuh masak.
4. Masukkan air dan biarkan mendidih.
5. Masukkan cendawan tiram dan masak sehingga cendawan lembut.
6. Masukkan sawi jepun dan terus tutup api. Sawi akan layu sendiri dengan haba masakan tadi.
7. Apabila sup sudah suam, masukkan gula perang.
8. Kemudian, masukkan garam dan kacau sebati. Kini sup sedia dihidangkan.

Amalkan sup kurus ini 4-5 kali seminggu selama 3 bulan. InsyaAllah slim lah badan..

Tip tambahan nak dikongsi, kalau nak makan nasi bersama sup boleh sahaja. Tetapi pastikan makan sebelum jam 6.00 petang dan juga nasi yang kurang kanji tau..
Kalau masih menyusu ada anak kecil tapi nak maintain slim, guna beras basmathi less kanji.

Cer cuber ye.. :-)

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Daun Cekur

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga mempunyai banyak khasiat.  Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang.  Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Cekur  mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Cekur yang dikenali sebagi kencur oleh masyarakat Jawa juga  mengandungi  vitamin B, C, protein dan mineral .   Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia y...

Khasiat Terung Pipit

Terung Pipit   atau nama saintifiknya Solanum tarvum yang mudah tumbuh khususnya di kawasan baru dibuka yang terdedah kepada cahaya matahari seperti di tepi jalan dan belukar.  S ejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai 1.5m tinggi.  Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih. Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C . Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. S...

Khasiat Pucuk Gajus

Gajus ataupun Anacardium occidental Linn adalah tumbuhan daripada keluarga anacardiaceae yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalamnya.  Daun pokok gajus berwarna hijau tua apabila matang dengan susunan berselang-seli berukuran 20 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar.  Daun gajus muda pula berwarna merah atau merah perang dan sering kali dijadikan ulam manakala rasanya yang kelat masam menjadikan ulam ini istimewa.  Pucuk gajus dipercayai boleh membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah manakala daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain. Selain itu, amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.