Petang² sambil rehat bleh cuba buat kuih Simple ni. π
sedap ! Inti dia cair dalam mulut perghh...sedap sangat tau!!
BAHAN INTI:
2 biji telur
2 cawan santan
¾ cawan gula
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 helai daun pandan
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMBUAT INTI:
1) Campur semua bahan kecuali daun pandan. Kacau guna whisk or sudu hingga sebat / rata.
2) Tapiskan dan masukkan ke dalam kuali.
3) Kemudian, masukkan daun pandan. Kacau dengan api sederhana hingga pekat. Biarkan sejuk dahulu.
BAHAN UNTUK KULIT:
2 cawan tepung gandum
2½ cawan air
Sedikit garam
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning / hijau
CARA MEMBUAT KULIT:
1) Campur kesemua bahan. Kisar dan tapiskan.
2) Masak seperti membuat kuih dadar atau pancake. Masak hanya sebelah permukaan sahaja ( tak perlu terbalikkan ).
3) Setelah masak angkat dan letak di dalam pinggan.
4) Isikan dengan inti kastard yang telah dibuat tadi.
5) Kemudian lipat dan tekan hujung kuih tersebut. Tekan dengan sudu untuk mendapat bentuk yang cantik.
NOTA:
1) Sebaiknya guna fry pan yang kecil untuk dapatkan bentuk yang sama besar.
2) Boleh juga gunakan acuan membuat karipap.
SELAMAT MENCUBA YE KEKAWAN
..ππ

Comments
Post a Comment