Skip to main content

Penagan Puasa Pertama...Adooooiiii...

Aper dah jadi ni..lain di rancang lain lak jadinya..huhuhu

Awal pukul 4.00 aku bangun..semalam aku x boleh tidur..semangat "Puasa" namanyer.

Lepas sahur je..pehhh..tetiba perut aku lain macam pulak..lain dari yang lain..addooiii..

Pukul 6.00 pagi, aku rasa perut aku dah menggelodak lain macam..


Macam kena pukul dek ombak  Tsunami..

Eh! tiba2 ombak tu pergi naik ke bawah ulu hati..adoooiii..

Pastu ombak tu singgah kat belakang pinggan lak!

Wei..aku nak puasa ni..betul2 nak puasa..huwaaaa..

Waa..aku boleh layankan tsunami dalam perut aku bermain cam skateboard.

Lagi aku baring ..ceh! lagi menjadi gelodak dia..

Macam2 minyak aku dah letak..Ntah apa minyak aku sapu pun aku x tahu dah..

Minyak angin cap kapak, minyak limau, minyak panas, minyak urut, minyak unta, minyak lintah..eh! apalah minyak lintah lak ni.. ntahlah aku pun x tahu aper minyak aku sapu dah ni..

Dalam kepala otak aku , aku nak puasa nak cepat keluarkan angin dalam perut ni..

Huii..aku rasa nak demam pun ada..

Ahhhh!!! Tak boleh layan ni..Perut ni dah macam orang mengandung 5 bulan..Kembong ke depan...

Apalagi , terang bumi je..terus aku bangun pi menyapu sekeliling rumah..Nasib baik aku kat kampung..luas kawasan aku nak menyapu.

Dalam dok berdeeh-deeh aku menyapu ..x sangka pulak angin tu lari..Ada 2 cara dia lari weii..

Tak dari mulut..dari tuuuuuuutt..kih kih kih.. paham lah yek! pintu belakang lerr..

Kul 10 pagi..perut aku dah kempis ramping semula..

Syukur kepada Allah.. berkat menyapu sekeliling rumah , sampai ke kebun rambutan..perlahan-lahan angin tu keluar ikut  angin siang..hehehe

Ni lah angkara aku macam cili padi segar dari belakang rumah..makan nasi berulamkan cili padi..

Haaa..amek kaw!! Padan sama aku..Serik aku lepas ni..

Pesanan aku lah kat korang semua, agak2 nak puasa janganlah makan benda2 pedas cam aku ni yek! esok seharian perut kosong..angin lah yang masuk enjoy dalam perut kita. Sama-samalah kita beringat.




Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Daun Cekur

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga mempunyai banyak khasiat.  Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang.  Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Cekur  mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Cekur yang dikenali sebagi kencur oleh masyarakat Jawa juga  mengandungi  vitamin B, C, protein dan mineral .   Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia yang lain.  Rizomnya digun

Khasiat Pucuk Gajus

Gajus ataupun Anacardium occidental Linn adalah tumbuhan daripada keluarga anacardiaceae yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalamnya.  Daun pokok gajus berwarna hijau tua apabila matang dengan susunan berselang-seli berukuran 20 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar.  Daun gajus muda pula berwarna merah atau merah perang dan sering kali dijadikan ulam manakala rasanya yang kelat masam menjadikan ulam ini istimewa.  Pucuk gajus dipercayai boleh membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah manakala daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain. Selain itu, amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.

Khasiat Daun Selom

Selom atau Oenanthe javanica ialah sejenis ulam yang mempunyai khasiat untuk mengubati demam panas dan dijadikan ubat bagi mengawal penyakit tekanan darah tinggi.  Selom boleh dijumpai hampir di seluruh kawasan Asia - India, Pakistan, Jepun, Taiwan, China dan di bahagian utara Australia. Selom tumbuh liar di kawasan paya, tepi sungai dan kawasan tanah lembap.  Ia adalah tumbuhan herba, tidak berbulu, licin dan biasanya tumbuh dengan subur di tempat lembap. Batang selom berbuku dan mempunyai ruas yang berongga. Ia tumbuh tegak daripada batang mendatar, mempunyai banyak dahan, berwarna hijau dan ada kalanya kemerahan.  Selom juga mampu memberi kesan sebagai agen antireumatik dan membantu menurunkan paras gula dan kolesterol pesakit diabetes.