Skip to main content

Ramadan kehadiranmu dinantikan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Memandangkan Ramadan pun dah nak tiba, saat-saat umat menantikan kedatangannya, aku nak share sikit info berguna sebagai panduan bersama.

Persiapan Menyambut Ramadan
Menanti Ramadan dengan penuh kegembiraan
Menanti ketibaan Ramadan dengan penuh kegembiraan serta mengharapkan agar dapat melaksanakan ibadah-ibadah lain sepanjang Ramadan kali ini dengan baik dan diterima oleh Allah SWT.
Janganlah pulak mengeluh nak kena puasa yek!

Mengulangkaji ilmu berkaitan dengan puasa
Meneliti semula rukun, syarat sunnah, adab-adab dan hikmah-hikmah ibadah puasa supaya ibadah ini dapat dilakukan dengan sempurna.

Menguatkan azam
Menguatkan keazaman dan kesungguhan untuk melaksanakan ibadah puasa sesempurna mungkin. Ramadan adalah bulan untuk kita memperbanyakkan amalan, membersihkan diri dari segala noda dan dosa serta menghiasi diri dengan segala sifat yang mulia.

Banyak berdoa
Memperbanyakkan doa kepada ALlah SWT agar dikurniakan kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa dengan hati yang penuh ikhlas ,jujur dan tawadhu'.

Berazam menghapuskan adat kebiasan yang bertentangan dengan islam
Berazam menghapuskan adat kebiasaan yang bertentangan dengan Islam seperti membazir dalam membeli juadah berbuka, lalai dengan aktiviti yang sia-sia dan sebagainya.
Kurangkan juadah, banyakkan sedekah, tingkatkan Ibadah.

Meningkatkan kesungguhan beramal secara berterusan
Bertekad supaya dapat menjaga dan memelihara benih-benih amalan yang kita semai dan suburkan  pada bulan Ramadan supaya tidak cacat dan rosak dan terus diamalkan pada bulan berikutnya.



"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa" Al-Baqarah : 183

"Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu" Hadis riwayay Bukhari & Muslim 


Sumber dari IKRAM


Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Daun Cekur

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga mempunyai banyak khasiat.  Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang.  Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Cekur  mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Cekur yang dikenali sebagi kencur oleh masyarakat Jawa juga  mengandungi  vitamin B, C, protein dan mineral .   Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia y...

Khasiat Terung Pipit

Terung Pipit   atau nama saintifiknya Solanum tarvum yang mudah tumbuh khususnya di kawasan baru dibuka yang terdedah kepada cahaya matahari seperti di tepi jalan dan belukar.  S ejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai 1.5m tinggi.  Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih. Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C . Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. S...

Khasiat Pucuk Gajus

Gajus ataupun Anacardium occidental Linn adalah tumbuhan daripada keluarga anacardiaceae yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalamnya.  Daun pokok gajus berwarna hijau tua apabila matang dengan susunan berselang-seli berukuran 20 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar.  Daun gajus muda pula berwarna merah atau merah perang dan sering kali dijadikan ulam manakala rasanya yang kelat masam menjadikan ulam ini istimewa.  Pucuk gajus dipercayai boleh membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah manakala daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain. Selain itu, amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.