Skip to main content

Siap sudah meeting Pakatan Taman

Errmmmm..baru je lepas meeting AJK Taman..

Hujan lebat lak tu...habis kain aku basah nak berjalan balik tadi...nasib sangat baik..rumah x jauh pun dari Dewan..

Tak sampai pun 100 langkah ke rumah aku..dekat kannn.. Tapi x pe lah..pun dah lama x main hujan..ihik!

Haa..perkenalkan ..Dewan ni baru je dibina dalam tahun penghujung tahun lepas..

Alhamdulillah...siap sudah beberapa aktiviti dah dijalankan..

Sebahagian Penduduk yang hadir






Berbalik mesyuarat tadi, kali ni kami membincangkan untuk mengadakan "Hari Sukaneka Tahunan"

Ingat nak sorok kepala macam kura-kura..tapi x muat cengkerang nak sumbat lak.!

Biasalah..u all pun tahu..acara untuk sukaneka dah jadi perkara biasa..

Dah boleh baca ..apa agenda dan aktiviti nak laksanakan...hahaha

Alaaa...saja2 je..untuk menyemarakkan lagi ukhwah dikalangan jiran2 seTaman ni..

Bagus sesangat..yelah..jarang sekali Taman atau kampung diadakan aktiviti camni..

Yang kita biasaa dengar pun ..buat kat sekolah., aktiviti hari keluarga dan syarikat tempat bekerja...tol x?

So..sure we all so excited! 

Aku kali ni dilantik dalam urusan penyediaan hadiah..ermmm..tak kira lah dari segi beli, bungkus dan serahkan..hahaha..ok laaa..

Kalau kita menolak..orang lain pun akan menolak tanggungjawab ni..so..x pe laa..aku dah biasa dalam bab2 beli hadiah..

Best gak wat aktiviti camni..

Esok ..akan aku share ngan korang pasal moment di hari Sukaneka tu yek!

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Daun Cekur

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga mempunyai banyak khasiat.  Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang.  Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Cekur  mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Cekur yang dikenali sebagi kencur oleh masyarakat Jawa juga  mengandungi  vitamin B, C, protein dan mineral .   Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia y...

Khasiat Terung Pipit

Terung Pipit   atau nama saintifiknya Solanum tarvum yang mudah tumbuh khususnya di kawasan baru dibuka yang terdedah kepada cahaya matahari seperti di tepi jalan dan belukar.  S ejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai 1.5m tinggi.  Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih. Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C . Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. S...

Khasiat Pucuk Gajus

Gajus ataupun Anacardium occidental Linn adalah tumbuhan daripada keluarga anacardiaceae yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalamnya.  Daun pokok gajus berwarna hijau tua apabila matang dengan susunan berselang-seli berukuran 20 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar.  Daun gajus muda pula berwarna merah atau merah perang dan sering kali dijadikan ulam manakala rasanya yang kelat masam menjadikan ulam ini istimewa.  Pucuk gajus dipercayai boleh membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah manakala daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain. Selain itu, amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.