Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Diet sudah..tetap gemuk!!!!

Sakitnyer hati, pedih..luluh...panas.. Segala-gala perasan ada dah ni.. Pelbagai diet dah diambil, eh! bila timbang tak menurun..malah naik pula jadinya.. Apa masalah ni.. Apa dah jadi ni.. Apa yang diambil sampai begini? Nasi x dimakan, makan sayur jer, air manis x diambil, air jarang jerr.. Senaman dah macam2, health dance laaa, poco-poco2 la, zumba laa..adooiii pening akak dik oiii mendengarnya.. Kesian rasa nyer kat adik akak sorang ni..dah nak menghabiskan zaman bujangnya awal tahun depan, baju pengantin dah ditempahnya ikut badan.. Tapi badan makin berisi.. kenapa????? Setiap kali jumpa akak je, diluahnya rasa tentang bentuk badannya yang semakin berisi. Errrmmm...kenapa yek?

Rahsia Buah-Buahan

Memandangkan aku ni minat sangat makan buah-buahan tempatan, so aku nak share ngan korang akan rahsia buah-buahan yang tip top aku gemari..hehehe.. Sila lah jangan segan baca maklumat di bawah ni ye... NANAS Ermmm..manis buah ni..kalau kurang matang..lidas lidah jadinya. Tapi, tetap ada kebaikan buah ni. Nanas ni mempunyai enzim bromelain yang mana kandungan paling popular dalam nanas. Nanas membantu menguruskan sistem percrnaan dengan lebih baik. Bagi pembaca yang sedang diet, buah ni sangat sesuai untuk kita. Enzim ini juga memulihkan aterosklerosis atau penyembitan pembuluh darah akibat lemak dan batuk-batuk. RAMBUTAN Haaaa...kulitnya ada yang berwarna merah , oren dan kuning. Tapi rasanya, tetap manis. Kalau yang masam pun sedap jugak. Ada jenis-jenisnya gak laa..hehehe. Satu kajian di Universiti Monash Australia mengatakan bahawa isi buag yang melekat pada bijinta mempunyai kandungan anti-oksidan tinggi. Manakala satu kajian di Singapura pula mengatakan isi buah rambutan

Atasi bibir Merekah

Bibir merekah mungkin terjadi akibat cuaca atau kekurangan air di dalam tubuh badan.  Bagi mengatasinya, jadikan air kelapa muda yang dicampurkan bersama kuning dan sedikit madu lebah sebagai minuman.  Amalan meminumnya sekali sehari. Insya-Allah, 

Mengembalikan Kesegaran Brokoli

Brokli yang disimpan beberapa hari pati akan bertukar warna kekuningan.  Untuk mengembalikan kesegarannya, masukkan brokoli ke dalam mangkuk berisi air sejuk.  Pastikan brokoli direndam di dalam air yang penuh. Biarkan selama satu jam. Hasilnya, brokoli akan kembali segar.

Hilangkan Kutu Di Kepala

Kehadiran kutu akan menjadikan rambut dan kulit kepala tidak sihat. Malah anda juga pasti akan mengalami kegatalan.  Untuk menghilangkan kutu, tumbuk beberapa ulas bawang putih sehingga lumat.  Kemudian, campurkan dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut.  Balut dengan kain tuala selama sejam an cuci sehingga bersih.

Menghilangkan Bau Hamis Kuali

Kuali sering meninggalkan bau hamis jika sering kali digunakan untuk menggoreng ikan atau telur.  Untuk menanggalkan bau yang kurang menyenangkan ini, ambil limau nipis dan gosok pada kuali setiap kali selesai menggoreng. Insya-Allah kuali tidak akan berbau lagi.

Kerang Mudah Dikopek

2 hari lepas aku baru dijamu makan  kerang rebus di rumah member. Perhhh..memang sedap laa.. my favourite you..hehehe Tapi sayang..kerang tu agak payah nak dibuka..huhuhu Dengan penuh kesabaran aku makan..per bleh buat dik non..rumah orang tu.. So..aku kongsi petua ngan member ni..korang pun sekali lah ..kalu yang dah tahu..alhamdulillah.. Alaaa....x susah pun..cuma korang campurkan sesudu minyak masak dalam air rebusan kerang tu.. Insya-Allah..kerang tu akan terbuka sedikit ..senang korang nak makan. Cubalah..kalau x percaya..ermm...sedapnya kerang!! Kalau aku yang masak,  aku tumis awal-awal bawang dan halia dulu. Lepas tu masukkan air dan letak beberapa batang serai yang ditumbuk. Letakkan garam dan tunggulah mendidih. Lepas tu celurkan dengan kerang. Perrhhhh..manis kerang tu..senang dibuka lagi..nyam..nyam .. sedap. yo!

Membersihkan Minyak Goreng

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pasti penat kalau kita cuba mencuci bekas goreng minyak, tapi tak menghasilkan kesan kan??  Dah lah tinggalkan kesan hitam kat kuali tu..pulak kalau dah diguna beberapa kali..perrhhh... So..ni yang aku nak berkongsi ngan korang semua.. Untuk membersihkannya, ambil beberapa keping asam gelugur dan masukkan ke dalam kuali ketika menggoreng. Asam gelugur akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan tadi. Percayalah..korang pasti gembira ngan hasilnya..