Skip to main content

Rahsia Buah-Buahan

Memandangkan aku ni minat sangat makan buah-buahan tempatan, so aku nak share ngan korang akan rahsia buah-buahan yang tip top aku gemari..hehehe..

Sila lah jangan segan baca maklumat di bawah ni ye...

NANAS
Ermmm..manis buah ni..kalau kurang matang..lidas lidah jadinya. Tapi, tetap ada kebaikan buah ni.
Nanas ni mempunyai enzim bromelain yang mana kandungan paling popular dalam nanas. Nanas membantu menguruskan sistem percrnaan dengan lebih baik. Bagi pembaca yang sedang diet, buah ni sangat sesuai untuk kita. Enzim ini juga memulihkan aterosklerosis atau penyembitan pembuluh darah akibat lemak dan batuk-batuk.

RAMBUTAN
Haaaa...kulitnya ada yang berwarna merah , oren dan kuning. Tapi rasanya, tetap manis. Kalau yang masam pun sedap jugak. Ada jenis-jenisnya gak laa..hehehe.
Satu kajian di Universiti Monash Australia mengatakan bahawa isi buag yang melekat pada bijinta mempunyai kandungan anti-oksidan tinggi. Manakala satu kajian di Singapura pula mengatakan isi buah rambutan mempunya kandungan antioksidan yang signifikan.

BETIK
Isi buah betik berwarna oren terang menandakan ia mempunyai kandungan betakarotin tinggi. Buah betik mempu memerangi penyakit antaranya boleh mengelakkan pertumbuhan sel kanser payudara. Malah betik juga boleh memeliharan kulit agar lebih halus dan lembut....Waaa...yang suka makan ni teruskan amalkan memakannya yek!

PISANG KAKI
Sekarang ni kat mana-mana orang sebut pisang kaki atau dalam bahasa inggerisnya "Persimmon". Khasiatnya pun tinggi. Pisang kaki boleh menjaga kesihatan gigi anda keranaia kaya dengan fluoride. Di beberapa  buah daerah di Afrika, buah yang belum matang digunakan untuk menggosok gusi dan mencegah radang gusi. Buah yang belum matang dipercayai boleh membunuh parasit dakam usus. Makam buah pisang kak juga mengandungi astrigen yang boleh menyembuhkan luka ringan. Buah ni kalau dah matang..perrhhhh manis dan lemak. Errmmm..seddap-sedap..

CIKU
Bila balik kampung dan tiba masa boleh memetik, dapatlah aku beli dari "wak" kat kampung aku ni. Banyak diberinya dan boleh wat stok seminggu. Kalau petik agak muda boleh diperap. Manis rasanya.
Tentang buah ciku ni manfaatnya pula ia mengandungi 16 hingga 20 peratus terdiri dari gula. Selain mempunyai kemanisan dan tahap karbohidrat tinggi, ciku juga kaya dengan vitamin A,B,C, mineral dan serat. Pada 100 gram ciku terdapat 14.7mg vitamin C. Ciku juga bermanfaat untuk kesihatan pembuluh darah kerana kandungan potasium yang tinggi tetapi rendah sodium.

MANGGA
Mangga segar sanagt bermanfaat untuk kulit dan mampu mengurangkan kadar tekanan darah tinggi. Ia juga mampu melancarkan peredaran darah dalam tubuh. namun, bagi anda yang mempunya penyakit kencing manis elakkan mengambil buah mangga terlalu banyak.

JAMBU BATU MERAH
Kandungan vitamin C pada jambu batu merah adalah sangat tinggi. ia juga mengandungi kalsium, fosfor, zat besi, vitamin A & B1. Air rebusan buah yang belum matang secara tradisional boleh digunakan untuk membantumengurangkan kadar gula dalam darah. Jambu batu merah hendaklah dimakan dengan kulitnya dan di situlah terdapatnya serat dan vitamin C.

DURIAN BELANDA
Teringat masa zaman kanak-kanak dibulan puasa. mak aku paling suka buat jus apabila di bulan puasa kerana rasanya yang manis dan agak masam. Dah minum , perhhh..segara rasaya. Kerana terlalu suka buat jus, bapak aku tanam kat depan rumah. Bertahun-tahun jugak dapat nikmati buah ni. Tapi sayang, buah tu sekarang dah mati. Dah tua sangat. Huhuhuhu.. Buah durian belanda memiliki kemampuan antibakteria yang baik. Estrak buah durian belanda boleh juga dijadikan anti hiperalergikimia.

LIMAU BALI
Seperti limau lain, limau bali sangat menyegarkan kerana mempunyai kandungan air yang tinggi. Ia juga merupakan sumber antioksida terbaik. Limau bali juga dipercayai boleh mencegah risiko penyakit jantung, menurunkan kolestrol, mencegah anemiadan menjaga kehalusan kulit.

JAMBU AIR
Haa...jambu air aku tanam kat depan rumah , walaupun ada secoit je kawasan bertanah. Maklumlah tinggal kat taman. Tahu jelah yer..besar mana..tapi hasil dah banyak aku berkongi ngan orang lain. Alhamdulillah....berkat berkongsi, pokok ni tak putus berbuah. Jambu air ni memiliki kadar vitamin A, C, kalsium dan protein yang membantu melembapkan kulit. Rasa segar dan seratnya membantu kerja-kerja percernaan dalam tubuh.

DUKU
Duku mengandungi mineral tinggi seperti kalsium, fosfor dan zt besi. Seratnya juga dianggap membantu kerja-kerja pencernaan dan mencegah diarea.

SALAK
Haa..buah ni memang sukar nak ditemui kerana ia berbuah apabila tiba musimnya. Tetapi, jika ada jangan lepaskan peluang untuk membelinya. Menurut kajian, buah salak boleh mengurangakan terlalu kerap membuang air besar.


Ni lah senarai buah-buah tempatan yang akak suka makan. Cubalah pembaca semua nikmati. Sedap dik oiii...



Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Daun Cekur

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga mempunyai banyak khasiat.  Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang.  Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Cekur  mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Cekur yang dikenali sebagi kencur oleh masyarakat Jawa juga  mengandungi  vitamin B, C, protein dan mineral .   Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia y...

Khasiat Terung Pipit

Terung Pipit   atau nama saintifiknya Solanum tarvum yang mudah tumbuh khususnya di kawasan baru dibuka yang terdedah kepada cahaya matahari seperti di tepi jalan dan belukar.  S ejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai 1.5m tinggi.  Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih. Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C . Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. S...

Khasiat Pucuk Gajus

Gajus ataupun Anacardium occidental Linn adalah tumbuhan daripada keluarga anacardiaceae yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalamnya.  Daun pokok gajus berwarna hijau tua apabila matang dengan susunan berselang-seli berukuran 20 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar.  Daun gajus muda pula berwarna merah atau merah perang dan sering kali dijadikan ulam manakala rasanya yang kelat masam menjadikan ulam ini istimewa.  Pucuk gajus dipercayai boleh membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah manakala daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain. Selain itu, amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.