Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga mempunyai banyak khasiat. Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang. Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Cekur mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Cekur yang dikenali sebagi kencur oleh masyarakat Jawa juga mengandungi vitamin B, C, protein dan mineral . Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia yang lain. Rizomnya digun
Comments
Post a Comment