Skip to main content

Guru..Engkaulah Pelita Hati Ku

Dulu ..semasa i kanak-kanak sekolah ...sua sesangat mencipta sajak..

Tak kisahlah apa tajuknyer..kira i suka ..i karang..rasa i free..i cipta...hahaha

Nak tau x ? salah satu sajak yang i karang masih i ingatlaa..tp x semua....ada lah juga baris2 yang tertinggal ..tp i dah modify skit...

Bagi mantap sikit..maklumlah..dah berpuluh tahun i tinggalkan zaman persekolahan..zaman sekolah rendah lak tu..

Ha? sekolah menengah? Ada gak citernyer...cer citer..cer citer..ehhhh....x bleh dulu..nanti lah..

Sampai masa i sahre citer yek..

Haa..meh lah tengok sajak i yang x seberapa nak indah dulu....

Jeng..Jeng..Jeng...





Guru...
Jika ku hitung..ku bilang,
Tidak mungkin dapat ku nilai,
Tidak mungkin dapat ku timbang,
Jasamu tidak terbalas,
Budimu tidak terbatas,
Hanya apa yang ku mampu,
Cuma..sekadar ucapan,
Terima Kasih Cikgu!

Guru..
Masih ku kenang,
Dulu ..hidup ku gelita,
Tercari-cari sehalus cahaya,
Di dalam kegelapan malam,
Kini..kau beri lilin,
Kau serah pelitamu untuk ku,
Kau terangi malam ku,
Engkaulah Pelita Hati Ku..

Guru..
Apa harus ku gantikan,
Apa harus ku buktikan,
Apa harus ku berikan,
Apa harus ku tunjukkan,
Cuma satu yang kau pinta dari ku,
Setiap bibit katamu,
Terselit seribu harapan untuk anak bangsamu,
Belajarlah..belajarlah..
Kejarlah cita-citamu,
Capailah lah hasratmu,
Jadi orang yang berguna,
Jangan benarkan ia berlalu,
Pergi begitu sahaja.

Guru...
Dulu, dari kosong ku tahu mengira,
Dari hanya lihat kini ku tahu membaca,
Dari mendengar ku tahu ertinya,
Dari kesesatan ku tahu penyelesaian,

Guru..
Sungguh ku menghargai mu,
Tanpa mu guru,
Tiadanya pakar bijak pandai,
Tiadanya jawatan,
Tiadanya pekerjaan,
Tiadanya kepuasan hidup,
Kerana mu Guru,
Yang mencorak ilmuku,
Mulia pengorbanan mu, 
Tinggi darjatmu Guru..

Guru,
Engkau umpama ibu,
Engkau umpama ayah,
Engkau jugalah kawan,
Engkau jugalah tempat ku mengadu,
Jasamu ku kenang,
Hingga akhir hayat,
"Terima kasih Cikgu!"
"Engkaulah Pelita Hati Ku!"

Hasil nukilan : Kak 'A'


Wajah seorang bekas guru...malu nak tujuk...



Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Daun Cekur

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga mempunyai banyak khasiat.  Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang.  Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Cekur  mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Cekur yang dikenali sebagi kencur oleh masyarakat Jawa juga  mengandungi  vitamin B, C, protein dan mineral .   Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia y...

Khasiat Terung Pipit

Terung Pipit   atau nama saintifiknya Solanum tarvum yang mudah tumbuh khususnya di kawasan baru dibuka yang terdedah kepada cahaya matahari seperti di tepi jalan dan belukar.  S ejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai 1.5m tinggi.  Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih. Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C . Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. S...

Khasiat Pucuk Gajus

Gajus ataupun Anacardium occidental Linn adalah tumbuhan daripada keluarga anacardiaceae yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalamnya.  Daun pokok gajus berwarna hijau tua apabila matang dengan susunan berselang-seli berukuran 20 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar.  Daun gajus muda pula berwarna merah atau merah perang dan sering kali dijadikan ulam manakala rasanya yang kelat masam menjadikan ulam ini istimewa.  Pucuk gajus dipercayai boleh membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah manakala daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain. Selain itu, amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.