Skip to main content

Cantik bersama Avokado

Selain menjaga kesihatan, avokado sangan baik untuk menjaga kecantikan bibir dan kelembapan wajah. Tidak perlu menggunakan pelembap atau gincu untuk bibir yang cantik. Berikut adalah berapa petua untuk bibir cantik dengan menggunakan avokado.

1) Avokado + Madu



Campurkan 50g avokado dengan satu sudu teh madu. 

Tambahkan satu sudu teh garam. 

Sapukan pada bibir dengan mengurut secara lembut selama 3-4 minit. 

Campuran garam ini untuk membantu membuang kulit mati pada bibir.


2) Avokado + Shea Butter

Bahan ini agak popular kerana membantu menghaluskan dan melembutkan kulit.

Campurkan 50g avokado yang dihancurkan dengan satu sudu teh shea butter.

Sapu pada bibir dan biarkan ia kering.

Ia akan mengeluarkan kulit mati dan bibir nampak segar kemerahan.


3) Avokado + Gula Pasir

Campurkan 50g avokado dan satu sudu teh gula pasir.

Gosokkan pada bibir secara lembut dan berhati-hati kerana ia boleh membuatkan bibir luka jika digosok dengan kasar.

Lakukan perlahan-lahan selama 2-3 minit.


4) Avokado + Minyak Zaitun

Titiskan minyak zaitun dengan avokado yang dihancurkan.

Sapukan pada bibir dengan gerakan memutar selama 5-6 minit setiap hari sebelum tidur.


Sudah tentu bibir anda berwarna merah secara semulajadi.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Daun Cekur

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga mempunyai banyak khasiat.  Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang.  Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Cekur  mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Cekur yang dikenali sebagi kencur oleh masyarakat Jawa juga  mengandungi  vitamin B, C, protein dan mineral .   Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia y...

Khasiat Terung Pipit

Terung Pipit   atau nama saintifiknya Solanum tarvum yang mudah tumbuh khususnya di kawasan baru dibuka yang terdedah kepada cahaya matahari seperti di tepi jalan dan belukar.  S ejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai 1.5m tinggi.  Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih. Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C . Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. S...

Khasiat Pucuk Gajus

Gajus ataupun Anacardium occidental Linn adalah tumbuhan daripada keluarga anacardiaceae yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalamnya.  Daun pokok gajus berwarna hijau tua apabila matang dengan susunan berselang-seli berukuran 20 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar.  Daun gajus muda pula berwarna merah atau merah perang dan sering kali dijadikan ulam manakala rasanya yang kelat masam menjadikan ulam ini istimewa.  Pucuk gajus dipercayai boleh membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah manakala daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain. Selain itu, amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.