Skip to main content

Polong!!!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Hari aku agak sibuk sikit nak melayan karenah anak buah aku sorang ni..Ntah kenapa balik cuti berbekalkan seluruh kaki penuh dengan tanda-tanda lebam..Ciaannn...aku nengok ..

Mahunyer tak..diberitahunya seluruh badan rasa sakit2, pastu bila malam tiba..badan bisa2..

Mimpi dah satu hal..ntah aper-aper mimpi datang dalam tidur dia..

So, apa lagi..selaku mak saudara dia..i bawa dia pi jumpa orang yang pandai tengok benda2 camni..

I bukan x nak percaya hal2 camni..tapi dia dah pi jumpa doktor bertauliah pun..alasan sama jer dapat..

"Adik ni kena jangkitan kuman..." haa..itulah ayat doktor tu..

Telan ubat dah banyak...eh! sama jer.. so..what should i do?

So..nak senangkan fikiran i ni..i bawa je..at least settle satu problem..kihkihkih.

But..when she show her leg..aik! terkejut pakcik tu..

"Haaa...ni dah kes bahaya ni..kalau lambat ni..boleh sampai tulang." gitau pakcik tu.

Pakcik tu terangkan lah..aper2 yang patut..

Firstly, i never thought that thing can be happened..errmmm..zaman kan dah moden ..ye dok!

Mana ada polong-polong ni..Terkejut mak dengar mulanya dik oiii!

Memandangkan kami pun masih ada akal..x yah lah nak tau siapa yang buat..x yah lah pulangkan..biar je laa..

Kalau x diizinkan Allah...tak mungkin anak buah i ni cepat sembuh yek! Dah merana hampir 2 bulan sampai x boleh bangun ..kesiannnn..

Tu..tengoklah kaki dia tu..Kaki je bleh tunjuk...hish!








So..after everything done..berbekalkan air kelapa dan mineral water yang dah dijampi..

Alhamdulillah..dah sembuh sekarang..

Anak buah i sorang ni..memang aktif bersukan..lawan sana ..kejap dengar lawan sini..Pastu menang je sentiasa..ada orang jeles lah tu..

Mahu x nyer, da ni dah tinggi melampai lebuih 6' kot.. ...penjaga gol bola jaring gerenti pemain lawan x sempat nak masuk gol...habis ditepisnya.. Syukur..rezeki Allah swt ..ye dok!

Pesan i..jangan lah cemburu yek! cemburu yang membawa kebaikkan x pa laa...jangan lah yang merosakkan akidah sudah lah yek!

Kalau ada pembaca blog ni,,nak share cerita camni..boleh lah share..nanti kita sesame boleh buat koleksi cerita seram yek! Tapi jangan keterlaluan seram..i ni penakut..



Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Daun Cekur

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga mempunyai banyak khasiat.  Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang.  Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Cekur  mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Cekur yang dikenali sebagi kencur oleh masyarakat Jawa juga  mengandungi  vitamin B, C, protein dan mineral .   Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia y...

Khasiat Terung Pipit

Terung Pipit   atau nama saintifiknya Solanum tarvum yang mudah tumbuh khususnya di kawasan baru dibuka yang terdedah kepada cahaya matahari seperti di tepi jalan dan belukar.  S ejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai 1.5m tinggi.  Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih. Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C . Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. S...

Khasiat Pucuk Gajus

Gajus ataupun Anacardium occidental Linn adalah tumbuhan daripada keluarga anacardiaceae yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalamnya.  Daun pokok gajus berwarna hijau tua apabila matang dengan susunan berselang-seli berukuran 20 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar.  Daun gajus muda pula berwarna merah atau merah perang dan sering kali dijadikan ulam manakala rasanya yang kelat masam menjadikan ulam ini istimewa.  Pucuk gajus dipercayai boleh membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah manakala daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain. Selain itu, amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.