Petai mempunyai bau kuat tetapi tetap menjadi kegemaran ramai sama ada dimakan mentah atau dimasak bersama sambal tumis. Ia spesies pokok asli yang tingginya sekitar 30 meter dan banyak tumbuh di kawasan hutan Malaysia, Indonesia dan Thailand. Buah petai mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding buah-buahan hutan yang lain. Selain itu, buah petai juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi serta kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C. Pucuk petai juga boleh dijadikan ulam dan baik untuk membantu mengawal penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.