Skip to main content

Tip bajet elak pokai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setiap kali bulan puasa, pasti semua orang dah pasti sibuk membuat persiapan raya. Termasuklah aku ni.

Semangat nak raya bersama keluarga. Semua orang sama je jerrr...ngko hadeh??

Tak kisahlah apa jenis persiapan , samada pakaian, biskut, kasut , perhiasan rumah dan sebagainya.

Tapi yang membuatkan aku pelik ni..tapi benar..pembaziran.

No matter what kind of the wasted, dah jadi perkara biasa kat Malaysia ni..haaiiii..

Bukan aper..bila kita dah syok membeli kita lupa lak..pulak awal bulan, baru keluar duit gaji lagi u!!

Haa..syok tak terperasan..pokai boleh jadinya...haa..amek kaw!!

So, sempena bulan ramadhan ni, saje jer aku nak share ngan you all , camne nak elak pokai untuk panduan kita bersama.

Antara tips yang boleh dijadikan panduan...haa..jengoklah kat bawah ni yek!


Bajet 
Ia berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan iaitu berbeza mengikut individu, jadi bajet seharusnya berasaskan kepada keperluan dan kehendak.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk membezakan antara keperluan dan kehendak?

Keperluan adalah sesuatu yang perlu ada dan tidak boleh hidup tanpanya manakala kehendak sesuatu yang diinginkan tetapi tidak semestinya ada.

Segala keputusan yang dibuat antara keperluan dan kehendak akan memberi kesan ketara terhadap perbelanjaan.

Menangguhkan kehendak atau keinginan ke suatu masa yang lain lebih baik kerana ia akan mengukuhkan sistem kewangan seseorang.

Setiap kali ingin membeli sesuatu terutama kehendak, fikirkan terlebih dulu sama ada ia tersenarai dalam bajet atau sebaliknya.

Hidup mengikut kemampuan ternyata amat baik untuk masa depan dan cari pengganti lain bagi keperluan dan kehendak terutama jika ia di luar kemampuan.

Bajet perlu realistik dan sesuai dengan kedudukan pendapatan serta keperluan kerana ia boleh memupuk tabiat menabung untuk mencapai matlamat kewangan seperti membeli rumah, kereta, melanjutkan pelajaran dan mengumpul harta sebelum bersara.

Dicadangkan menabung sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan bulanan dan meningkat kepada 15 hingga 20 peratus selepas kenaikan gaji untuk simpanan masa depan.

Lebih baik menabung secara automatik menggunakan skim potongan gaji, auto-debit atau cara lain.

Setiap kali menerima wang seperti bonus atau hadiah wang tunai, masukkan sebahagian wang itu ke dalam akaun simpanan.



Pembelian
Rancang pembelian untuk mengelakkan keluar berkali-kali hanya untuk membeli beberapa barangan seterusnya membuatkan anda lari bajet.

Gunakan sumber yang ada sebaik mungkin termasuk menjimatkan bahan api (petrol) dan masa. Elak daripada membeli-belah pada saat akhir kerana ia akan menyebabkan kehabisan wang dan terpaksa menggunakan wang simpanan masa depan.

Beli dan simpan barang keperluan utama supaya dapat mengelakkan kenaikan harga ketika musim perayaan.

Senarai 
Senaraikan barang yang hendak dibeli bagi mengelakkan daripada membeli
barangan yang tidak diperlukan. Pastikan hanya membeli mengikut keperluan saja.

Perbandingan 
Bandingkan harga sebelum membeli sesuatu barangan iaitu dari satu kedai ke satu kedai kerana ia membolehkan anda mendapatkan barangan yang sama dengan harga lebih murah.

Simpan ‘buku senarai harga’ untuk mengetahui harga barangan yang kerap dibeli seperti barangan dapur dan seumpamanya.

p/s - Tabiat membazir di bulan Ramadan dan Aidilfitri sememangnya tidak digalakkan kerana ia boleh menjejaskan kedudukan kewangan untuk menjalani kehidupan selepas tempoh berkenaan.

Justeru sebelum membuat perbelanjaan, rancang sebaik mungkin supaya tidak tersasar dan membazir untuk mengelakkan kehabisan wang apatah lagi tempoh untuk menunggu gaji bulan seterusnya agak lambat.

Biasanya gaji sebelum menyambut kedatangan hari raya lebih awal daripada tarikh sebenar dan disarankan supaya setiap isi rumah membuat bajet supaya perbelanjaan hanya mengutamakan perkara penting.

Utamakan pembelian keperluan dan elak memenuhi kehendak kerana ia akan membuatkan bajet seseorang lari seterusnya melakukan perbelanjaan di luar jangkaan.

Ketika ini terlalu banyak dugaan apabila jualan potongan harga barangan boleh didapati di mana saja malah malangnya, ramai pula yang mudah terpedaya apabila mengambil keputusan membuat perbelanjaan berlebih-lebihan.

Walaupun banyak potongan harga, mereka perlu berhati-hati dengan menetapkan bajet sepatutnya untuk keperluan keluarga.

Untuk mengelakkan daripada ketiadaan wang, lebih baik membuat simpanan awal sekurang-kurangnya 10 hingga 20 peratus setiap bulan yang boleh membantu di waktu kecemasan.

 Bagi mereka yang mempunyai bilangan anak ramai, perbelanjaan menjelang hari perayaan lazimnya meningkat berkali ganda, jadi amat wajar berhati-hati dengan potongan harga yang ada di merata-rata tempat.

Dalam kehidupan, kadangkala kejadian tidak diduga atau kecemasan boleh menyebabkan hilang upaya untuk mencari pendapatan hingga memerlukan wang yang banyak dalam masa singkat untuk menangani masalah itu.

Tabungan kecemasan boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan sekiranya kehilangan pekerjaan atau mengalami masalah kesihatan serius.

Dalam keadaan begini, penting untuk mempunyai tabungan bagi menanganinya. Simpanan juga tentunya akan memudahkan seseorang dan boleh mengelakkan pembaziran. Amalkan pegangan kewangan berhemah sebagai budaya hidup supaya ia tidak tersasar.

Lakukan perbelanjaan mengikut kemampuan masing-masing iaitu ukur baju di badan sendiri supaya tidak berlaku pembaziran.

Sama-samalah beringat yek!

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Daun Cekur

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga mempunyai banyak khasiat.  Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang.  Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Cekur  mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Cekur yang dikenali sebagi kencur oleh masyarakat Jawa juga  mengandungi  vitamin B, C, protein dan mineral .   Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia yang lain.  Rizomnya digun

Khasiat Pucuk Gajus

Gajus ataupun Anacardium occidental Linn adalah tumbuhan daripada keluarga anacardiaceae yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalamnya.  Daun pokok gajus berwarna hijau tua apabila matang dengan susunan berselang-seli berukuran 20 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar.  Daun gajus muda pula berwarna merah atau merah perang dan sering kali dijadikan ulam manakala rasanya yang kelat masam menjadikan ulam ini istimewa.  Pucuk gajus dipercayai boleh membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah manakala daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain. Selain itu, amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.

Khasiat Daun Selom

Selom atau Oenanthe javanica ialah sejenis ulam yang mempunyai khasiat untuk mengubati demam panas dan dijadikan ubat bagi mengawal penyakit tekanan darah tinggi.  Selom boleh dijumpai hampir di seluruh kawasan Asia - India, Pakistan, Jepun, Taiwan, China dan di bahagian utara Australia. Selom tumbuh liar di kawasan paya, tepi sungai dan kawasan tanah lembap.  Ia adalah tumbuhan herba, tidak berbulu, licin dan biasanya tumbuh dengan subur di tempat lembap. Batang selom berbuku dan mempunyai ruas yang berongga. Ia tumbuh tegak daripada batang mendatar, mempunyai banyak dahan, berwarna hijau dan ada kalanya kemerahan.  Selom juga mampu memberi kesan sebagai agen antireumatik dan membantu menurunkan paras gula dan kolesterol pesakit diabetes.