Skip to main content

Akhirnya ayah bebas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah berbulan aku menanti, akhirnya berakhir sudah hukuman seorang anak kepada ayah.
p-s - hanya yang mengikuti isu-isu ni saje yang tau..kih..kih.kih..malas akak nak ungkit cerita ni dik ooiii..

Lega rasanyer...hari ini 9 Julai 14, si ayah bebas dari penjara.

Bukannya ada kaitan ngan akak dik nonnn...alaa...kisah si ayah yang tinggal kat Sweden yang telah di sabit kesalahan memukul anak-anak demi untuk mengajar anak sendiri.

Haiiiii..macam-macam dunia ni.

Apapun aku rasa turut gembira jugak bila mendengar berita ni.

Walaupun si ibu nya belum tamat tempoh hukuman, sekurang-kurangnya anak-anak dapatlah beraya bersama sekeluarga.

Ikutilah kisah selanjutnya dibawah..chewah! macam pembaca berita pulak aku..hehehe



Ayah bebas hari ini

Bagaimanapun isterinya, Shalwati Nor Shal hanya akan dibebaskan tiga bulan lagi kerana dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan.
Katanya, Pengarah Tourism Malaysia itu akan pulang ke tanah air pada Selasa depan dan dijangka terus menemui anak-anaknya di Wakaf Tok Wali, Melor, Kelantan.
Foto
AISHAH, 15; Ammar, 13; Arif, 8; dan Adam, 12, sedang bercakap dengan bapa mereka yang baru dibebaskan. FOTO Fathil Asri

“Azizul dibebaskan hari ini pada jam 5 petang (waktu Malaysia) dan dia dibawa ke kedutaan kita di Stockholm untuk berehat.

“Kita juga meminta pada pihak berkuasa Sweden untuk dia berjumpa Shalwati di tempat dia ditahan yang mengambil masa tiga jam perjalanan. Ini adalah kali pertama dia melawat isterinya sejak ditahan," katanya kepada Harian Metro.

p/s - Semoga mereka sekeluarga bahagia selamanya.Insyaallah..

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Daun Cekur

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga mempunyai banyak khasiat.  Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang.  Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Cekur  mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Cekur yang dikenali sebagi kencur oleh masyarakat Jawa juga  mengandungi  vitamin B, C, protein dan mineral .   Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia y...

Khasiat Terung Pipit

Terung Pipit   atau nama saintifiknya Solanum tarvum yang mudah tumbuh khususnya di kawasan baru dibuka yang terdedah kepada cahaya matahari seperti di tepi jalan dan belukar.  S ejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai 1.5m tinggi.  Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih. Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C . Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. S...

Khasiat Pucuk Gajus

Gajus ataupun Anacardium occidental Linn adalah tumbuhan daripada keluarga anacardiaceae yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalamnya.  Daun pokok gajus berwarna hijau tua apabila matang dengan susunan berselang-seli berukuran 20 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar.  Daun gajus muda pula berwarna merah atau merah perang dan sering kali dijadikan ulam manakala rasanya yang kelat masam menjadikan ulam ini istimewa.  Pucuk gajus dipercayai boleh membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah manakala daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain. Selain itu, amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.