Skip to main content

Kenapa mesti MH17???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pagi ini aku dikejutkan dengan berita mengemparkan seluruh dunia, ketika kita sedang lena diulit mimpi indah, sedangkan ahli keluarga mangsa meratapi kematian mereka. Sedih dan sebak bila aku mendengar berita ini. Kenapa mesti MH17???  Kenapa mesti mereka menjadi mangsa peluru berpandu???

Jam 10.09 pagi, Malang telah melanda sekali lagi buat Malaysia. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Sebenarnya agak sukar untuk mencari ayat paling sesuai untuk mengambarkan senario ini selain memetik kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri " ini adalah hari yang tragik, dalam apa yang telahpun menjadi tahun yang tragik, bagi Malaysia".


Malaysia sekali lagi jadi tumpuan dunia.Siapa pernah duga belum selesai lagi misteri kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu...lewat Khamis malam bergegar pula berita pesawat MAS MH17 laluan Amsterdam ke KLIA jatuh terhempas dekat sempadan Ukraine dengan Russia. Lebih tragik ia dipercayai ditembak oleh peluru berpandu darat ke udara.



Lebih malang lagi...kalau MH370 dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi yang dalam...pesawat MH17 pula terhempas dalam kawasan amat merbahaya yakni konflik pemisah Ukraine didokong Russia lawan kerajaan Ukraine.

Kedua-duanya jenis yang sama Boeing 777-200.

Tandatanya terbesar yang berlegar satu dunia sekarang ialah bagaimana penyiasat antarabangsa hendak memasuki ke lokasi nahas di Timur Ukraine untuk buat siasatan kerana ia kawasan tersebut dikuasai oleh puak pemisah.

Rata-rata termasuk pihak berkuasa Ukraine mendakwa ia perbuatan puak pemisah Ukraine dan ia menyukarkan usaha untuk mereka membuat siasatan.


Seramai 298 nyawa - 288 penumpang dan 15 anak kapal terkorban dalam nahas itu.

Antara gambar dari media luar;

Adakah ia kebetulan dari wasapp yang aku terima pagi ini;
MH17
Penerbangan pertama : 17/7/1997
Penerbangan terakhir : 17/7/12014
Tahun 2014 tolak tahun 1997: 17 tahun
Ditembak oleh SA 17 Missile.
Kenapa dengan angka 17?
Something Allah nak bagitahu ,
Subuh 2 rakaat
Zohor 4 rakaat
Asar 4 rakaat
Magrib 3 rakaat
Isyak 4 rakaat
= Jumlah 17 rakaat...
Subhanallah..marilah bermuhasabah...


Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Daun Cekur

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga mempunyai banyak khasiat.  Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang.  Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Cekur  mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Cekur yang dikenali sebagi kencur oleh masyarakat Jawa juga  mengandungi  vitamin B, C, protein dan mineral .   Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia y...

Khasiat Terung Pipit

Terung Pipit   atau nama saintifiknya Solanum tarvum yang mudah tumbuh khususnya di kawasan baru dibuka yang terdedah kepada cahaya matahari seperti di tepi jalan dan belukar.  S ejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai 1.5m tinggi.  Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih. Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C . Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. S...

Khasiat Pucuk Gajus

Gajus ataupun Anacardium occidental Linn adalah tumbuhan daripada keluarga anacardiaceae yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalamnya.  Daun pokok gajus berwarna hijau tua apabila matang dengan susunan berselang-seli berukuran 20 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar.  Daun gajus muda pula berwarna merah atau merah perang dan sering kali dijadikan ulam manakala rasanya yang kelat masam menjadikan ulam ini istimewa.  Pucuk gajus dipercayai boleh membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah manakala daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain. Selain itu, amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.