Skip to main content

Rasai Nikmat dan kemanisan Iman

Assalamualaikum dalam sejahtera.

Nikmat beriman adalah anugerah ALLAH SWT kepada hamba-NYA yang terpilih.Mereka yang mengecap ketenangan, senang mematuhi suruhan dan larangan ALLAH, menerima Rasulullah SAW sebagai junjungan besar, maka ketika itu dia sedang merasi kelazatan beriman.


Sesiapa yang ingin merasai kelazatan iman hendaklah seseorang itu;
1- Mencintai ALLAH  -
    Menurut segala perintah-NYA dan menjauhi apa yang dilarang.
    Terdapat beberapa cara untuk kita mencintai ALLAH yang boleh digunakan dalam kehidupan
    seharian iaitu;
    a) Mencontohi Rasullullah SAW dalam beribadat serta budi pekertinya yang terpuji.

    b) Menjadi orang yang disukai oleh ALLAH.
        Terdapat banyak firman dalam Al-Quran yang mengatakan ciri-ciri insan yang disukai oleh
        ALLAH.

    c) Membaca Al-Quran dengan rasa khusyuk dan memahami apa yang dibaca (termasuk tafsir).

    d) Memperbanyakkan nawaffil iaitu beribadat dengan sukarela dan tanpa disuruh.

    e) Selalu memperingati ALLAH melalui zikir sedekah dan kebajikan.


2- Kasihkan Rasul -
    Apabila menyayangi ALLAH  maka kita hendaklah turut menyayangi Rasul-Nya iaitu 
    Nabi Muhammad SAW.
 
    Baginda SAW ialah manusia teragung dan terpilih, malah menjadi makhluk yang tiada tolok
    bandingnya di sisi ALLAH.
 
   Nabi Muhammad SAW membawa  cahaya kebenaran ke seluruh alam demi kesejahteraan umat islam.


Sumber dari Sinarharian oleh Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz.




Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Daun Cekur

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga mempunyai banyak khasiat.  Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang.  Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Cekur  mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Cekur yang dikenali sebagi kencur oleh masyarakat Jawa juga  mengandungi  vitamin B, C, protein dan mineral .   Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia y...

Khasiat Terung Pipit

Terung Pipit   atau nama saintifiknya Solanum tarvum yang mudah tumbuh khususnya di kawasan baru dibuka yang terdedah kepada cahaya matahari seperti di tepi jalan dan belukar.  S ejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai 1.5m tinggi.  Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih. Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C . Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. S...

Khasiat Pucuk Gajus

Gajus ataupun Anacardium occidental Linn adalah tumbuhan daripada keluarga anacardiaceae yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalamnya.  Daun pokok gajus berwarna hijau tua apabila matang dengan susunan berselang-seli berukuran 20 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar.  Daun gajus muda pula berwarna merah atau merah perang dan sering kali dijadikan ulam manakala rasanya yang kelat masam menjadikan ulam ini istimewa.  Pucuk gajus dipercayai boleh membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah manakala daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain. Selain itu, amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.