Skip to main content

Khasiat Kunyit

Kunyit atau nama saintifiknya Curcuma longa sejenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan. Dalam perubatan tradisional Melayu, kunyit dijadikan minuman ketika dalam pantang serta ubat paling mujarab untuk mengurangkan selsema.

Ia juga herba penting dalam sistem perubatan di Cina dan India. Malah kini, tanaman ini diperakui dalam perubatan moden untuk pelbagai penyakit. Rahsia penawar kunyit adalah warna kuningnya dinamakan curcumin yang memberikan manfaat.

Antara kebaikan mengambil air kunyit  setiap hari dapat membantu :-
1) Menguatkan sistem imunisasi atau pertahankan badan daripada serangan penyakit.

2) Menguatkan fungsi sistem tulang, sendi dan rangka badan.

3) Membantu mengawal tahap kolestrol supaya berada pada tahap normal.


4) Membantu menguatkan sistem perkumuhan badan (darah dan hati).

Pelbagai kajian yang dijalankan di luar negara juga membuktukan keberkesanan kunyit. Ia didapati mampu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan antaranya:-


1) Mampu melawan kanser.
Kajian daripada Universiti California Los Angeles mendapati enzi penyebab kanser dalam badan pesakit dikurangkan dan mendapat menghalang pembiakan sel kanser.

2) Berpotensi sebagai ejen penghalang bengkak.
Menurut doktor perubatan daripada Pusar Intergrasi Perubatan Arizona, Amerka Syarikat, Dr Randy J Horwitz, penggunaan kunyit sebelum rawatan dapat mengurangkan simpton sakit sendi seperti artritis reumatoid.

3) Bahan antioksidan terbaik
Pusat Perubatan Universiti Marryland mendapati kunyit mempunyai bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas daripada terus merosakkan sel badan yang menyebabkan pembengkakan atau keradangan.

4) Membantu melansingkan badan
Kunyit juga boleh meningkatkan tahap oksidan lemak di dalam dan seterusnya mempercepatkan metabolisme badan, jadi banyak kalori dibakar dan tiiadda lemak tersimpul.

Sumber dari Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Daun Cekur

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga mempunyai banyak khasiat.  Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang.  Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Cekur  mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Cekur yang dikenali sebagi kencur oleh masyarakat Jawa juga  mengandungi  vitamin B, C, protein dan mineral .   Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia yang lain.  Rizomnya digun

Khasiat Pucuk Gajus

Gajus ataupun Anacardium occidental Linn adalah tumbuhan daripada keluarga anacardiaceae yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalamnya.  Daun pokok gajus berwarna hijau tua apabila matang dengan susunan berselang-seli berukuran 20 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar.  Daun gajus muda pula berwarna merah atau merah perang dan sering kali dijadikan ulam manakala rasanya yang kelat masam menjadikan ulam ini istimewa.  Pucuk gajus dipercayai boleh membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah manakala daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain. Selain itu, amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.

Khasiat Daun Selom

Selom atau Oenanthe javanica ialah sejenis ulam yang mempunyai khasiat untuk mengubati demam panas dan dijadikan ubat bagi mengawal penyakit tekanan darah tinggi.  Selom boleh dijumpai hampir di seluruh kawasan Asia - India, Pakistan, Jepun, Taiwan, China dan di bahagian utara Australia. Selom tumbuh liar di kawasan paya, tepi sungai dan kawasan tanah lembap.  Ia adalah tumbuhan herba, tidak berbulu, licin dan biasanya tumbuh dengan subur di tempat lembap. Batang selom berbuku dan mempunyai ruas yang berongga. Ia tumbuh tegak daripada batang mendatar, mempunyai banyak dahan, berwarna hijau dan ada kalanya kemerahan.  Selom juga mampu memberi kesan sebagai agen antireumatik dan membantu menurunkan paras gula dan kolesterol pesakit diabetes.