Skip to main content

Tip melancong: Pengalaman kembara ketika berpuasa

Sebelum Ramadan, jadual pastinya padat dengan pelbagai aktiviti sehinggakan dalam sehari, dua atau tiga acara berjalan serentak. Saat itu juga ramai yang mengambil keputusan untuk pergi bercuti.
“Nak cuti kena pergi sebelum puasa atau selepas raya...nanti dah puasa tak boleh dah bercuti.” Itulah antara kata-kata rakan yang biasa didengar apabila ditanya kenapa perlu tergesa-gesa bercuti sebelum Ramadan. 

Puasa sememangnya sering dijadikan alasan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti luar termasuk pergi bercuti. 

Takut tidak larat atau penat sehingga mendorong untuk berbuka puasa ­antara alasan kuat yang sering diberikan agar aktiviti menyeronokkan itu ­direhatkan ketika Ramadan.

Namun, bercuti pada bulan puasa turut memberikan keseronokan tersendiri termasuk melihat suasana berpuasa di tempat orang dan budaya mereka.

Selain itu, melancong di bulan mulia juga boleh menjadi alternatif yang menyenangkan selain sebagai ibadah daripada hanya duduk bermalas-malasan di rumah. 

Justeru, bagi anda yang merancang untuk bercuti bersama keluarga, tip ­melancong minggu ini menyenaraikan beberapa hal yang mungkin dapat membantu anda dalam perancangan serta ketika berada di destinasi yang dituju. 


• Dalam keadaan sihat 

Kesihatan ketika melancong di bulan puasa adalah perkara penting yang harus diutamakan. Pastikan anda dalam keadaan sihat saat melancong supaya ia tidak memudaratkan. 

Jika anda dalam keadaan sihat ketika melancong, anda punya banyak tenaga dan yang pasti anda akan dapat keseronokan bercuti seperti mana di­inginkan. 


• Pilih destinasi dituju 

Memudahkan percutian anda, ada baiknya anda memilih destinasi yang dekat dan mudah untuk dikunjungi. 

Pemilihan destinasi­ yang mudah dikunju­ngi itu bagi memudahkan anda dan tidak mem­berikan masalah sepanjang ­perjalanan. 

Mahukan lebih keberkatan, mungkin ada baik­nya anda memilih destinasi mengandungi nilai sejarah Islam kerana anda bukan saja berpeluang melancong tetapi dapat menambah pe­ngetahuan baru. 


• Lakukan perjalanan di waktu petang 

Melakukan perjalanan di waktu petang dengan cuaca yang sedikit redup tidak memenatkan dan ia adalah langkah terbaik yang harus diambil apabila bercuti di bulan puasa. 

Dengan cuaca panas yang sedang dialami sekarang, sejurus sampai di destinasi yang dituju, anda boleh terus berbuka atau da kereta yang pasti memberikan kenangan tersendiri buat anda dan keluarga atau rakan. 
BAWA bekalan kurma saat bercuti untuk memudahkan anda berbuka.
• Bawa bekalan air dan kurma di dalam beg 

Kesesakan lalu lintas sememangnya tidak boleh dielakkan termasuk di bulan puasa. Paling sesak adalah laluan di tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti bazar Ramadan dan sebagainya. 

Kedai makan juga sudah mulai dipenuhi orang sejam sebelum berbuka, sekali gus membuat­kan ada pelanggan yang tidak mempu­nyai tempat duduk untuk berbuka puasa. 
Oleh itu, pasti­kan anda sentiasa ­membawa bekalan air di dalam beg untuk berbuka puasa di mana juga terutama saat dalam perjalanan. 

Membawa bersama buah kurma atau makanan ri­ngan yang boleh menge­nyangkan juga membantu dalam situasi ini. 

ABADIKAN kenangan bercuti ketika bulan puasa.

• Nikmati dan rasai keseronokannya 

Walaupun bulan puasa sering dijadikan alasan untuk tidak pergi bercuti atau melakukan aktiviti riadah, hakikatnya bercuti di bulan puasa punya keseronokan tersendiri. 

Percutian di bulan ­mulia ini pastinya akan meninggalkan kenangan terindah buat anda sekeluarga atau rakan. 

Jangan lupa juga merakam­kan kena­ngan terindah anda itu yang akan disimpan sampai bila-bila.

Sumber dari : http://www.hmetro.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Daun Cekur

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga mempunyai banyak khasiat.  Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang.  Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Cekur  mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Cekur yang dikenali sebagi kencur oleh masyarakat Jawa juga  mengandungi  vitamin B, C, protein dan mineral .   Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia y...

Khasiat Terung Pipit

Terung Pipit   atau nama saintifiknya Solanum tarvum yang mudah tumbuh khususnya di kawasan baru dibuka yang terdedah kepada cahaya matahari seperti di tepi jalan dan belukar.  S ejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai 1.5m tinggi.  Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih. Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C . Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. S...

Khasiat Pucuk Gajus

Gajus ataupun Anacardium occidental Linn adalah tumbuhan daripada keluarga anacardiaceae yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalamnya.  Daun pokok gajus berwarna hijau tua apabila matang dengan susunan berselang-seli berukuran 20 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar.  Daun gajus muda pula berwarna merah atau merah perang dan sering kali dijadikan ulam manakala rasanya yang kelat masam menjadikan ulam ini istimewa.  Pucuk gajus dipercayai boleh membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah manakala daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain. Selain itu, amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.