Skip to main content

Lagi..Gaza bermandi darah dibedil Israel

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Semoga kalian  dalam keadaan sihat di samping keluarga tercinta.

Ntah di mana harus aku mulakan menulis hari ni. Setiap kali aku menaip, air mata aku mula berlinang, hati aku sebak, jiwa aku berontak untuk menulis untuk ku kongsikan bersama kesakitan hati yang aku bendung ini.

Geram bercampur sedih tak kala teringatkan saudara seagama kita sana, sedang bertarung nyawa untuk mencari perlindungan. Sedang kelaparan kerana dibedil tanpa henti-henti  dan meratapi keluarga mereka yang mati syahid dibunuh tentera Zionis yang zalim lagi kejam.


Dalam kita di sini, sedang sibuk menikmati juadah berbuka puasa dengan tenang dan selesa. Sedang peminat Brasil belum tamat meratapi kekalahan 1-7 kepada Jerman dan peminat Jerman belum putus meraikan kegembiraan kemenangan separuh akhir Piala Dunia 2014 . Kini, kita di hidangi santapan berita bedilan dari Israel untuk Gaza. Berita yang menyayat hati tetapi Israel sedang bergembira membunuh tanpa henti.



Subahanallah....Apakah salah mereka? Kenapa mesti mereka semua? Mereka bukan pengganas, bukan anti-kerajaan, bukan pencipta atom tetapi mereka umat islam. Wanita, kanak-kanak, orang tua lagi tak berdaya di bunuh sesuka hati. Disasarkan ke masjid dilontar bom.

Di mana harus mereka berlindung, umpama hidup mereka sentiasa di penghujung. Anak-anak membesar hanya untuk seketika, Israel bimbangkan hidup mereka kelak akan pertahankan negara.



Aku  menangis bila aku lihat wajah anak kecil berusia 4 tahun, Yasmeen Al Motawaq di tatang jenazahnya oleh bapa saudaranya yang menjadi mangsa keganasan tentera Zionis.


Sayu..pilu..tapi tiada apa yang boleh kita lakukan. Walaupun seluruh dunia mengutuk keras kekejaman mereka, tapi mereka tetap bermaharajalela. Kesombongan tentera Israel tidak dapat ditangkas lagi. Akan terus zalim dan menzalimi.

Tidak pelik jika kita dengar, sudah menjadi asam garam kehidupan mereka sejak beribu-ribu tahun dahulu, menghapuskan umat dari bumi Palestin.

Inilah kesempatan yang dicuri oleh Israel untuk membunuh penduduk di Gaza tak kala umat islam di sana sedang menjalani ibadah puasa. Ntah Ramadhan kali keberapa telah mereka lakukan dan akan pasti berulang untuk Ramadhan akan datang.

Marilah kita sama-sama memanjatkan doa buat mereka semua, memohon kepada ALLAH memberi pertolongan kepada saudara-saudara kita di Gaza dan Palestine keseluruhan daripada kekejaman tentera Israel yang menanti akan dihalau dari bumi suci Palestine.

Buat saudara -saudara kita telah pergi...AL-FATIHAH.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Daun Cekur

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga mempunyai banyak khasiat.  Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang.  Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Cekur  mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Cekur yang dikenali sebagi kencur oleh masyarakat Jawa juga  mengandungi  vitamin B, C, protein dan mineral .   Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia y...

Khasiat Terung Pipit

Terung Pipit   atau nama saintifiknya Solanum tarvum yang mudah tumbuh khususnya di kawasan baru dibuka yang terdedah kepada cahaya matahari seperti di tepi jalan dan belukar.  S ejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai 1.5m tinggi.  Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih. Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C . Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. S...

Khasiat Pucuk Gajus

Gajus ataupun Anacardium occidental Linn adalah tumbuhan daripada keluarga anacardiaceae yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalamnya.  Daun pokok gajus berwarna hijau tua apabila matang dengan susunan berselang-seli berukuran 20 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar.  Daun gajus muda pula berwarna merah atau merah perang dan sering kali dijadikan ulam manakala rasanya yang kelat masam menjadikan ulam ini istimewa.  Pucuk gajus dipercayai boleh membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah manakala daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain. Selain itu, amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.