Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mungkin ada antara kita masih tidak tahu akan kebaikan dan khasiat ulam sayuran. Sememangnya tidak dinafikan akan kepentingan ulam untuk kesihatan dan keremajaan tubuh badan kita. Jika diamalkan selalu , akan dirasai sendiri hasilnya.
Ulam adalah sayur-sayuran atau tumbuhan yang kaya dengan vitamin dan zat galian antaranya kalsium, fosforus, zat besi, natrium dan kalium. Ia bukan saja berpotensi mengubati penyakit tetapi turut mempunyai bahan antibakteria dan antioksidan.
Sayuran ini juga boleh dimakan mentah atau sekadar dicelur. Ulam diambil daripada pelbagai bahagian tumbuhan antaranya pucuk, biji, buah, ubi dan ada kala bunganya untuk dijadikan juadah enak.
Ulam juga membekalkan serat yang amat diperlukan sistem penghadaman. Di samping dijadikan sebagai pembuka selera, ulam antara makanan yang boleh membantu seseorang kelihatan awet muda dan cantik.
Antara ulam yang mudah didapati di pasaran ialah cekur, pegaga, selom, terung pipit, kunyit, jering, pucuk gajus, petai dan ulam raja.
Info lanjut, sila click Seribu satu khasiat ulam
Info lanjut, sila click Seribu satu khasiat ulam
Comments
Post a Comment