Skip to main content

Langkah sebelum memulakan perjalanan jauh

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Diam tak diam..eh! dah masuk penghujung ramadhan sudah yek! Perhhh..seronok rasanyer..

Hari ini , aku terlihat satu iklan tv dari RTM berkenaan keseronokkan dan ketidaksabaran sepasang suami isteri nak balik kampung sampai tertinggal anak kat rumah lagi.. adoooiii..perkara camni pum boleh berlaku yek!

Oklah..i want share you something. It's important for everyone for travel.

Haaa..itu dia..

LANGKAH SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN
Rancang Perjalanan Anda

Anda dikehendaki mengenalpasti laluan yang akan diambil untuk mengelak memandu dalam keadaan teragak-agak. Tentukan terlebih dulu kawasan rehat menggunakan peta.


Dapatkan Rehat Mencukupi

Elakkan diri memandu di tengah malam ataupun awal pagi kerana ketika itulah tubuh memerlukan masa rehat. Perjalanan jauh selepas bekerja atau makan menyebabkan anda letih dan mengantuk.


Elak Mengambil Minuman Atau Ubat Yang Beri Kesan Mengantuk

Hindarkan perasaan negatif seperti marah, kecewa dan teragak-agak sebelum memandu. Perbuatan berkenaan boleh mendorong untuk melanggar peraturan jalan raya seperti memandu laju dan secara berbahaya.


Periksa Kenderaan Terutama Sebelum Memulakan Perjalanan Jauh

Periksa bahagian enjin seperti minyak pelincir, bateri, tali kipas dan air radiator. Selain itu periksa bahagian lampu utama, lampu isyarat, lampu brek dan lampu isyarat kecemasan. Anda juga dikehendaki memeriksa bahagian penting tayar seperti tekanan angin, keadaan tayar dan tayar gantian. Periksa bahagian brek seperti minyak brek, brek tangan dan keberkesanan brek serta memeriksa getah pengelap cermin.


Sumber Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus)

P/S - Jangan lupa berdoa semoga perjalanan dan kenderaan kita selamat sehingga ke destinasi yang hendak dituju.

Amalkan doa Menaiki Kenderaan dibawah ni yek!


Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Daun Cekur

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga mempunyai banyak khasiat.  Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang.  Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Cekur  mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Cekur yang dikenali sebagi kencur oleh masyarakat Jawa juga  mengandungi  vitamin B, C, protein dan mineral .   Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia y...

Khasiat Terung Pipit

Terung Pipit   atau nama saintifiknya Solanum tarvum yang mudah tumbuh khususnya di kawasan baru dibuka yang terdedah kepada cahaya matahari seperti di tepi jalan dan belukar.  S ejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai 1.5m tinggi.  Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih. Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C . Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. S...

Khasiat Pucuk Gajus

Gajus ataupun Anacardium occidental Linn adalah tumbuhan daripada keluarga anacardiaceae yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalamnya.  Daun pokok gajus berwarna hijau tua apabila matang dengan susunan berselang-seli berukuran 20 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar.  Daun gajus muda pula berwarna merah atau merah perang dan sering kali dijadikan ulam manakala rasanya yang kelat masam menjadikan ulam ini istimewa.  Pucuk gajus dipercayai boleh membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah manakala daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain. Selain itu, amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.