Skip to main content

Masak dalam keadaan telanjang

Dah lah sampai rumah lewat, ada meeting..

Macam lipas kudung aku dibuatnya..

Bukan aku sengaja nak balik lambat..aku adalah salah seorang pekerja yang suka balik ikut masa.

Tapi nak buat camne, aku sebaliknya..salah seorang pekerja yang selalu balik lewat..dah lah x boleh claim
OT..haa..bab  x bleh claim sedih skit ler.. tapi nak wat camne..dah kerja kann..
Oklaaa..berbalik kat cerita asal aku tadi..

Dalam aku sibuk berkungfu dan berkuntau kat dapur..ntah macam mana minyak gorengan ayam aku tetiba meletup..

“Phup..phup..phup!!” terpercik minyak kat tangan, leher dan peha!!!

“Allah!”tindakan refect aku...



Cepat2 aku lari kat sinki dapur..alirkan dengan air pada kesan-kesan percikan minyak tadi..

Dalam hati berbisik gak.. “alhamdulillah...syukur x kena muka.”

Sangkaan aku tamat dah kisah aku tadi, laa..rupanya anak2 mengadu kat ayahnya pulak!

Yelah masa kejadian tu , ayahnya tak ada rumah..tu yang diaorang pun sibuk nak kongsi cerita laa..

Kusyuk ayahnya mendengar..ermmm..dah habis diceritakan..

Digelakkannya aku!!! Lepas tu boleh pulak dia tanya  “Apa masak dalam telanjang ke sampai kena peha?.Nasib baik x kena tempat lain”

Haaiiii..nasib baik lah nak tolong sapukan ubat walaupun x disuruh..x lah aku terasa geram sangat.

Tapi sakit hati masih ada ni..Merungut juga aku..memandangkan gara-gara balik kerja lewat..

Haaiiizzz..ni masih risau bercampur sedih..Kesan lecur ada lagi ni..camne nak hilangkan ni erk????

Ni nak share gambar kat tangan je..dah macam kena penyakit kulit kan?


Yang bahagian lelain tak boleh lah nak share..ishh..ishh..isshhh!!!


Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Daun Cekur

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga mempunyai banyak khasiat.  Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang.  Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Cekur  mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Cekur yang dikenali sebagi kencur oleh masyarakat Jawa juga  mengandungi  vitamin B, C, protein dan mineral .   Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia y...

Khasiat Terung Pipit

Terung Pipit   atau nama saintifiknya Solanum tarvum yang mudah tumbuh khususnya di kawasan baru dibuka yang terdedah kepada cahaya matahari seperti di tepi jalan dan belukar.  S ejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai 1.5m tinggi.  Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih. Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C . Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. S...

Khasiat Pucuk Gajus

Gajus ataupun Anacardium occidental Linn adalah tumbuhan daripada keluarga anacardiaceae yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalamnya.  Daun pokok gajus berwarna hijau tua apabila matang dengan susunan berselang-seli berukuran 20 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar.  Daun gajus muda pula berwarna merah atau merah perang dan sering kali dijadikan ulam manakala rasanya yang kelat masam menjadikan ulam ini istimewa.  Pucuk gajus dipercayai boleh membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah manakala daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain. Selain itu, amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.