Skip to main content

Sabun Taharah Penyamak Najis Mughallazah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat kita semua.

Semalam, aku ada terima pertanyaan dari seorang pembaca setia blog aku. Minta aku kongsikan tentang sabun penyamak najis mughalllazah dalam blog aku..

Oklaaa..no hal..lagipun aku dah lama menggunakan sabun ni. Memang nampak keberkesanan "Sabun Taharah"

Yelaa.. dalam  kehidupan kita seharian, belum tentu kita yakin terselamat dari najis mughallazah. Betul tak?

Manatau ..dalam dok kita melakukan akitiviti harian , tanpa kita sedari mungkin kita tersentuh najis mugallazah yang disentuh oleh orang bukan islam ..allaa non-muslim lerr. Walaupun Feqah memaafkan perkara-perkara yang diluar pengetahuan kita, tetapi bagaimana dengan kualiti ibadah kita sekiranya ia berterusan. Haaaa...ayooo...tak tauuuu???

So, dengan ada kini Sabun Taharah yang diperbuat dari 90% bahannya dari tanah liat, tanpa bahan pengawet, dan tanpa bahan kimia boleh digunakan untuk menyamak najis mughallazah.


Malah Sabun Taharah juga sesuai untuk dijadikan sabun mandian harian serta menghaluskan dan melembabkan kulit diseluruh badan anda.

Faedah & Kegunanaan
Faedah & Kegunaan
Kegunaan untuk bersamak.
Mengandungi Vitamin A, C dan E.
Sabun Taharah ini mempunyai kandungan mineral dan zat galian secara semulajadi seperti magnesium, sodium, kalsium dan potassium yang memberi kecantikan dan kesihatan pada kulit kita
Mengandungi minyak zaitun yang memberi daya kelambapan yang sempurna amat sesuai untuk semua jenis kulit bagi semua peringkat usia untuk kecantikan dan kesihatan diri
Mencerahkan, Menghaluskan dan Melembapkan kulit.
Menghilangkan bau badan dan kotoran.
Menghilangkan penyakit kulit seperti panau, kurap, kudis, ruam, gatal-gatal, kulit kering, kelemumur serta rekahan tumit kaki.
Zat, vitamin dan mineral yang terkandung boleh menghilangkan jerawat, bintik-bintik hitam (jeragat), mengurangkan garis-garis penuaan, kedutan pada muka dan memberi kesegaran yang berpanjangan.
Serbaguna untuk basuhan sayuran, barang kemas, basuhan baju dan lain-lain.


Info yang harus diketahui
Adalah tidak mencukupi menyamak dengan hanya menggunakan sabun sahaja. Ia perlu dilakukan dengan menggunakan campuran air tanah. Kita tidak berhak untuk menukar cara penyucian najis mughallazah yang telah ditentukan oleh Allah dengan menggunakan cara penyucian yang lain. Walau bagaimanapun, jika sabun taharah tersebut diyakini mempunyai unsur-unsur tanah melebihi 50 peratus, maka ianya telah memadai dan tiada bacaan atau ayat khusus ketika proses samakan dilakukan.

Jangan tunggu lagi. Beli dan gunalah tanpa was-was. Eh cheh! promote pulak nampakkk! hehehehe..

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Daun Cekur

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga mempunyai banyak khasiat.  Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang.  Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Cekur  mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Cekur yang dikenali sebagi kencur oleh masyarakat Jawa juga  mengandungi  vitamin B, C, protein dan mineral .   Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia y...

Khasiat Terung Pipit

Terung Pipit   atau nama saintifiknya Solanum tarvum yang mudah tumbuh khususnya di kawasan baru dibuka yang terdedah kepada cahaya matahari seperti di tepi jalan dan belukar.  S ejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai 1.5m tinggi.  Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih. Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C . Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. S...

Khasiat Pucuk Gajus

Gajus ataupun Anacardium occidental Linn adalah tumbuhan daripada keluarga anacardiaceae yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalamnya.  Daun pokok gajus berwarna hijau tua apabila matang dengan susunan berselang-seli berukuran 20 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar.  Daun gajus muda pula berwarna merah atau merah perang dan sering kali dijadikan ulam manakala rasanya yang kelat masam menjadikan ulam ini istimewa.  Pucuk gajus dipercayai boleh membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah manakala daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain. Selain itu, amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.