Skip to main content

Felixia Yeap diberi hidayah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Segalanya ketentuan dari Allah swt. Dari seorang model seksi Playboy kini telah mengubah kehidupannya terus berhijab.

Kuasa Allah swt, beliau telah diberi hidayah. Felixia Yeap dari nama seorang gadis cina kini telah mengubah haluan hidupnya ke agama islam. Perubahan beliau telah menjadi tarikan seluruh peminatnya.

Selepas beliau tercari-cari ketenangan akhirnya bertemu islam di hatinya. Alhamdulillah..

Sudah tentu pelbagai tomahan , fitnah, sindiran, penyisihan telah menjadi tekanannya.

Tetapi Allah maha agung..memberi kekuatan kepada beliau untuk terus hidup dalam agama pilihanya..islam.

Kini, 3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435,  nama Felixia Yeap telah digantikan nama islamnya.. Raisyyah Rania Yeap...yamg ditemuinya di dalam mimpi beliau.


Sekarang bermulalah tahun baru hari kelahirannya bersama islam.

Semoga Allah memberi kekuatan kepadanya dalam menjalani kehidupan sebagai umat islam.

P/s- Semakin ramai artis berhijab dan telah menjadi ikutan peminat. Alhamdulillah...

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Daun Cekur

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga mempunyai banyak khasiat.  Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang.  Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Cekur  mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Cekur yang dikenali sebagi kencur oleh masyarakat Jawa juga  mengandungi  vitamin B, C, protein dan mineral .   Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia yang lain.  Rizomnya digun

Khasiat Pucuk Gajus

Gajus ataupun Anacardium occidental Linn adalah tumbuhan daripada keluarga anacardiaceae yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalamnya.  Daun pokok gajus berwarna hijau tua apabila matang dengan susunan berselang-seli berukuran 20 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar.  Daun gajus muda pula berwarna merah atau merah perang dan sering kali dijadikan ulam manakala rasanya yang kelat masam menjadikan ulam ini istimewa.  Pucuk gajus dipercayai boleh membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah manakala daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain. Selain itu, amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.

Khasiat Daun Selom

Selom atau Oenanthe javanica ialah sejenis ulam yang mempunyai khasiat untuk mengubati demam panas dan dijadikan ubat bagi mengawal penyakit tekanan darah tinggi.  Selom boleh dijumpai hampir di seluruh kawasan Asia - India, Pakistan, Jepun, Taiwan, China dan di bahagian utara Australia. Selom tumbuh liar di kawasan paya, tepi sungai dan kawasan tanah lembap.  Ia adalah tumbuhan herba, tidak berbulu, licin dan biasanya tumbuh dengan subur di tempat lembap. Batang selom berbuku dan mempunyai ruas yang berongga. Ia tumbuh tegak daripada batang mendatar, mempunyai banyak dahan, berwarna hijau dan ada kalanya kemerahan.  Selom juga mampu memberi kesan sebagai agen antireumatik dan membantu menurunkan paras gula dan kolesterol pesakit diabetes.