Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Clear Leave?

Errmmm...day by day ..don't know when i'll take leave.. Finally.. today and this week. Otherwise..burn..Oh no! i dont...waaaa.... Why i choose today? Hahahaha..nothing laaa.. Just clear my leave..

Tak payah lah buat pusing cerita

Sabar hati..sabar sesangat.. Aku bagai nak marah pun ada..rasa nak tanya dia "kenapa?..kenapa? dan kenapa?" Tapi , bukan nya ada penyelesaian pun kalu aku asyik tanya jerr.. Semakin banyak bertanya, semakin merumitkan.. Adoii...dah nak hampir naik sekolah dah ni. Aper ni..??? Bukan lah payah sangat..rasa cam tak sempat, x payah lah..dah sebulan aku bagi ngko peluang. "wei. kawan, aku paham kalu ngko nak ambil tender tu, tapi tak payah lah melengahkan macam ni..." Memanglah x besar mana tender buat baju sekolah tadika pun, tapi dah berapa haribulan ni kak ooooiii...? Cikgu dah mula tanya aku , pendaftaran 1 haribulan Disember..tinggal 1 minggu lagi ni.. Tolong lah kak,..kalu ada rasa x sempat, saya cari orang lain, walaupun dah kesuntukkan masa. Deposit dah ambik, kain dah bagi..aper lagi kak.. Masa tu lah akak cakap, kereta akak cakap ada kenduri laa..mak mertua tak sihat laa.. "Kakkk...akak boleh ke siapkan?" itu yang aku tanya s

Salam Rindu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca semua.. Lama rasanyer, jari-jemari ni x exercise untuk berbloging..Ermmm..bukan malas..bukannyax de masa..ntah x tahu kenapa.. Nak kata x de inspirasi..impossible ler pulak.. Bak pepatah melayu ..nak seribu daya ..x nak seribu dalih..hahahaha..aik! kata sendiri pulak!. Tak pe laa..memandangkan rasa nak menaip....biar jari ni menaip yek! Dok tengahari yang kurang bz..mata pun dok x nak lelap...ermm..boleh lah aku update blog yang x seberapa nak indah.. Erm ..diari x berupdate katakan..kih..kih..kih. Dah banyak benda yang x update..dan banyak cerita yang nak dikongsi rasanya... Kang baru nak update..dikatakan cerita lama lah pulak.. Alaa...kang aku wat macam watsapp tu..copy and paste..hahaha..aper pun x boleh.. Lantak lah yek!yang penting kita enjoy..rasa2 nak luah..luah aje laa..ermmm...tapi hati2..takut ada terasa.. Rasa x nak tambah dosa..tertambah tanpa sedar..ayoyo... Musuh jangan dicari..haa...gitu lah pesan

Diet sudah..tetap gemuk!!!!

Sakitnyer hati, pedih..luluh...panas.. Segala-gala perasan ada dah ni.. Pelbagai diet dah diambil, eh! bila timbang tak menurun..malah naik pula jadinya.. Apa masalah ni.. Apa dah jadi ni.. Apa yang diambil sampai begini? Nasi x dimakan, makan sayur jer, air manis x diambil, air jarang jerr.. Senaman dah macam2, health dance laaa, poco-poco2 la, zumba laa..adooiii pening akak dik oiii mendengarnya.. Kesian rasa nyer kat adik akak sorang ni..dah nak menghabiskan zaman bujangnya awal tahun depan, baju pengantin dah ditempahnya ikut badan.. Tapi badan makin berisi.. kenapa????? Setiap kali jumpa akak je, diluahnya rasa tentang bentuk badannya yang semakin berisi. Errrmmm...kenapa yek?

Rahsia Buah-Buahan

Memandangkan aku ni minat sangat makan buah-buahan tempatan, so aku nak share ngan korang akan rahsia buah-buahan yang tip top aku gemari..hehehe.. Sila lah jangan segan baca maklumat di bawah ni ye... NANAS Ermmm..manis buah ni..kalau kurang matang..lidas lidah jadinya. Tapi, tetap ada kebaikan buah ni. Nanas ni mempunyai enzim bromelain yang mana kandungan paling popular dalam nanas. Nanas membantu menguruskan sistem percrnaan dengan lebih baik. Bagi pembaca yang sedang diet, buah ni sangat sesuai untuk kita. Enzim ini juga memulihkan aterosklerosis atau penyembitan pembuluh darah akibat lemak dan batuk-batuk. RAMBUTAN Haaaa...kulitnya ada yang berwarna merah , oren dan kuning. Tapi rasanya, tetap manis. Kalau yang masam pun sedap jugak. Ada jenis-jenisnya gak laa..hehehe. Satu kajian di Universiti Monash Australia mengatakan bahawa isi buag yang melekat pada bijinta mempunyai kandungan anti-oksidan tinggi. Manakala satu kajian di Singapura pula mengatakan isi buah rambutan

Atasi bibir Merekah

Bibir merekah mungkin terjadi akibat cuaca atau kekurangan air di dalam tubuh badan.  Bagi mengatasinya, jadikan air kelapa muda yang dicampurkan bersama kuning dan sedikit madu lebah sebagai minuman.  Amalan meminumnya sekali sehari. Insya-Allah, 

Mengembalikan Kesegaran Brokoli

Brokli yang disimpan beberapa hari pati akan bertukar warna kekuningan.  Untuk mengembalikan kesegarannya, masukkan brokoli ke dalam mangkuk berisi air sejuk.  Pastikan brokoli direndam di dalam air yang penuh. Biarkan selama satu jam. Hasilnya, brokoli akan kembali segar.

Hilangkan Kutu Di Kepala

Kehadiran kutu akan menjadikan rambut dan kulit kepala tidak sihat. Malah anda juga pasti akan mengalami kegatalan.  Untuk menghilangkan kutu, tumbuk beberapa ulas bawang putih sehingga lumat.  Kemudian, campurkan dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut.  Balut dengan kain tuala selama sejam an cuci sehingga bersih.

Menghilangkan Bau Hamis Kuali

Kuali sering meninggalkan bau hamis jika sering kali digunakan untuk menggoreng ikan atau telur.  Untuk menanggalkan bau yang kurang menyenangkan ini, ambil limau nipis dan gosok pada kuali setiap kali selesai menggoreng. Insya-Allah kuali tidak akan berbau lagi.

Kerang Mudah Dikopek

2 hari lepas aku baru dijamu makan  kerang rebus di rumah member. Perhhh..memang sedap laa.. my favourite you..hehehe Tapi sayang..kerang tu agak payah nak dibuka..huhuhu Dengan penuh kesabaran aku makan..per bleh buat dik non..rumah orang tu.. So..aku kongsi petua ngan member ni..korang pun sekali lah ..kalu yang dah tahu..alhamdulillah.. Alaaa....x susah pun..cuma korang campurkan sesudu minyak masak dalam air rebusan kerang tu.. Insya-Allah..kerang tu akan terbuka sedikit ..senang korang nak makan. Cubalah..kalau x percaya..ermm...sedapnya kerang!! Kalau aku yang masak,  aku tumis awal-awal bawang dan halia dulu. Lepas tu masukkan air dan letak beberapa batang serai yang ditumbuk. Letakkan garam dan tunggulah mendidih. Lepas tu celurkan dengan kerang. Perrhhhh..manis kerang tu..senang dibuka lagi..nyam..nyam .. sedap. yo!

Membersihkan Minyak Goreng

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pasti penat kalau kita cuba mencuci bekas goreng minyak, tapi tak menghasilkan kesan kan??  Dah lah tinggalkan kesan hitam kat kuali tu..pulak kalau dah diguna beberapa kali..perrhhh... So..ni yang aku nak berkongsi ngan korang semua.. Untuk membersihkannya, ambil beberapa keping asam gelugur dan masukkan ke dalam kuali ketika menggoreng. Asam gelugur akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan tadi. Percayalah..korang pasti gembira ngan hasilnya..

Khasiat Petai

Petai mempunyai bau kuat tetapi tetap menjadi kegemaran ramai sama ada dimakan mentah atau dimasak bersama sambal tumis.  Ia spesies pokok asli yang tingginya sekitar 30 meter dan banyak tumbuh di kawasan hutan Malaysia, Indonesia dan Thailand.  Buah petai mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding buah-buahan hutan yang lain. Selain itu, buah petai juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi serta kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C.  Pucuk petai juga boleh dijadikan ulam dan baik untuk membantu mengawal penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi. 

Khasiat Pucuk Gajus

Gajus ataupun Anacardium occidental Linn adalah tumbuhan daripada keluarga anacardiaceae yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalamnya.  Daun pokok gajus berwarna hijau tua apabila matang dengan susunan berselang-seli berukuran 20 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar.  Daun gajus muda pula berwarna merah atau merah perang dan sering kali dijadikan ulam manakala rasanya yang kelat masam menjadikan ulam ini istimewa.  Pucuk gajus dipercayai boleh membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah manakala daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain. Selain itu, amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.

Khasiat Ulam Raja

Ulam Raja atau nama saintifiknya Cosmos caudatus. Ia mengandungi tiga peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A. Kelebihannya bertindak sebagai pembersih darah, menguatkan tulang serta merangsang selera makan kerana rasa dan baunya yang unik . Ulam Raja boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian sehingga 200 meter dari aras laut. Tetapi tinggi kebiasaanya sehingga 2 meter. Ia membiak dengan biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang. Ulam Raja sangat sesuai dimakan mentah  bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan , cincalok atau tempo yak. Selain enak dimakan , ulam raja membantu kesihatan tubuh badan secara tidak langsung. Amalan memakan ulam-ulaman baik untuk kesihatan dalam dan luaran. 

Khasiat Jering

Jering atau nama saintifiknya pithecellabium indicum (jiringa) atau Archdendron jering adalah tumbuhan asli di Malaysia dan kawasan Asia.  Walaupun berbau kuat, jering mempunyai khasiat perubatan tinggi. Ia kaya dengan protein, karbohidrat dan serat merangkumi 3.5 peratus protein, 0.1 peratus lemak, 1.7 peratus karbohidrat, kalsium, fosforus, besi, dan vitamin A, B,  dan C.  Jering yang mempunyai kandungan kalsium yang tinggi (140mg/ 100g) boleh membantu dalam pembentukan tulang dan gigi. Tumbuhan ini juga dipercayai dapat membantu memberi rangsangan untuk memudahkan proses membuang air kecil. 

Khasiat Kunyit

Kunyit  atau nama saintifiknya Curcuma longa   sejenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan. Dalam perubatan tradisional Melayu, kunyit dijadikan minuman ketika dalam pantang serta ubat paling mujarab untuk mengurangkan selsema. Ia juga herba penting dalam sistem perubatan di Cina dan India. Malah kini, tanaman ini diperakui dalam perubatan moden untuk pelbagai penyakit. Rahsia penawar kunyit adalah warna kuningnya dinamakan curcumin yang memberikan manfaat. Antara kebaikan mengambil air kunyit  setiap hari dapat membantu :- 1) Menguatkan sistem imunisasi atau pertahankan badan daripada serangan penyakit. 2) Menguatkan fungsi sistem tulang, sendi dan rangka badan. 3) Membantu mengawal tahap kolestrol supaya berada pada tahap normal. 4) Membantu menguatkan sistem perkumuhan badan (darah dan hati). Pelbagai kajian yang dijalankan di luar negara juga membuktukan keberkesanan kunyit. Ia didapati mampu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan antaranya:-

Khasiat Terung Pipit

Terung Pipit   atau nama saintifiknya Solanum tarvum yang mudah tumbuh khususnya di kawasan baru dibuka yang terdedah kepada cahaya matahari seperti di tepi jalan dan belukar.  S ejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai 1.5m tinggi.  Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih. Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C . Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. Steroid amat pe

Khasiat Daun Selom

Selom atau Oenanthe javanica ialah sejenis ulam yang mempunyai khasiat untuk mengubati demam panas dan dijadikan ubat bagi mengawal penyakit tekanan darah tinggi.  Selom boleh dijumpai hampir di seluruh kawasan Asia - India, Pakistan, Jepun, Taiwan, China dan di bahagian utara Australia. Selom tumbuh liar di kawasan paya, tepi sungai dan kawasan tanah lembap.  Ia adalah tumbuhan herba, tidak berbulu, licin dan biasanya tumbuh dengan subur di tempat lembap. Batang selom berbuku dan mempunyai ruas yang berongga. Ia tumbuh tegak daripada batang mendatar, mempunyai banyak dahan, berwarna hijau dan ada kalanya kemerahan.  Selom juga mampu memberi kesan sebagai agen antireumatik dan membantu menurunkan paras gula dan kolesterol pesakit diabetes. 

Khasiat Daun Pegaga

Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica biasanya tumbuh melata di keliling rumah dan mempunyai pelbagai khasiat. Ia kaya vitamin A dan C serta zat besi dan sering dijadikan sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.  Ia membantu membang­kitkan selera makan, meredakan masalah penghadaman seperti buasir, menyejukkan badan, mempercepatkan proses pe­nyembuhan luka dan melancarkan aliran darah terutama bagi wanita yang ada masalah haid serta keputihan.  Terdapat sekurang-kurangnya lima jenis pegaga yang tumbuh meliar di Malaysia iaitu pegaga cina, pegaga daun lebar, pegaga gajah, pegaga salad dan renek.  Dalam bidang kecantikan pula, daun pegaga dijadikan bahan tambahan kepada krim antiselulit dan antikedutan di bahagian mata, muka serta membantu merangsang pembentukan sel kulit baru. 

Khasiat Daun Cekur

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga mempunyai banyak khasiat.  Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang.  Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Cekur  mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Cekur yang dikenali sebagi kencur oleh masyarakat Jawa juga  mengandungi  vitamin B, C, protein dan mineral .   Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia yang lain.  Rizomnya digun

Khasiat Ulam Sayuran

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mungkin ada antara kita masih tidak tahu akan kebaikan dan khasiat ulam sayuran. Sememangnya tidak dinafikan akan kepentingan ulam untuk kesihatan dan keremajaan tubuh badan kita. Jika diamalkan selalu , akan dirasai sendiri hasilnya. Ulam adalah sayur-sayuran atau tumbuhan yang kaya de­ngan vitamin dan zat galian antaranya kalsium, fosforus, zat besi, natrium dan ka­lium. Ia bukan saja berpotensi mengubati penyakit tetapi turut mempunyai bahan antibakteria dan antioksidan. Sayuran ini juga boleh dimakan mentah atau sekadar dicelur. Ulam diambil daripada pelbagai bahagian tumbuhan antaranya pucuk, biji, buah, ubi dan ada kala bunganya untuk dijadikan juadah enak.  Ulam juga membekalkan serat yang amat diperlukan sistem penghadaman. Di samping dijadikan sebagai pembuka selera, ulam antara makanan yang boleh membantu seseorang kelihatan awet muda dan cantik.  Antara ulam yang mudah didapati di pasaran ialah  cekur , pegaga , selom ,

‘Syahid itu lebih manis’

‘Syahid itu lebih manis daripada segalanya.’ Itu ayat keramat kebanyakan rakyat Gaza dalam menghadapi serangan peluru berpandu yang bertali arus daripada tentera rejim Zionis sejak tercetusnya Perang 10 Ramadan, hampir dua minggu lalu. Keadaan itu jelas memperlihatkan keunggulan iman rakyat Palestin apabila mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut, sebaliknya terus mendirikan solat berjemaah. Berikutan itu rejim Zionis dilihat terus bertindak kejam dengan meletakkan sasaran terhadap masjid-masjid, bertujuan menghancurkan perpaduan ummah, rakyat Gaza yang tetap utuh iman mereka dengan mendirikan solat secara berjemaah. Memasuki Ramadan ke-27, saya tidak nampak bahawa peperangan ini akan menemui noktahnya, sebaliknya lebih ramai rakyat Palestin yang gugur syahid termasuk terkorban akibat bedilan bom yang disasarkan terhadap lokasi awam. Untuk makluman sahabat-sahabat saya di Malaysia, tentera Zionis sengaja menyasarkan serangan terhadap masjid kerana bimbang mujahidin Pal

Deman lah pulak!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Ngantuknyerrr ..pagi ni..huhuhu Malam tadi i x boleh .. my hubby whole body ..panas giler..Dia lagi lah letih..ye tak? Gara-gara nak puasa..walaupun satu badan siang hari dah mengigil.. Ahh..biarlah ..orang lelaki ni memang keras kepala sikit..mahu taknya..nak mengganti puasa pada hari-hari biasa agak liat ..sanggup puasa walaupun sakit..ermmm.. Kita ni lain laaa..kaum Hawa..puasa ganti pun rajin..dah habis ganti nak puasa sunat pun boleh! ye dok! Echeh! jangan marah abang2 di luar sana yek! maap yek! So..oleh kerana tetap sangat nak puasa..walaupun dah panas satu badan teruk.., kalau letak telur ..gerenti masak boleh wat sahur..hik3x ..Haaa..amek kaw bang oiii.. Haa...pagi ni kena bawa pi klinik..pehhh..mahal ubat2 sekarang ni yek! hampir seghatus hinggit..huhuhu.. Asalkan baik x per lah bang oiii..4 jenis je pil tu..dah nak raya ni..kang saper lak nak pasang langsir.. Kite ni dah lah rendah buah kelapa renek! alhamdulillahh..ri

Langkah sebelum memulakan perjalanan jauh

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diam tak diam..eh! dah masuk penghujung ramadhan sudah yek! Perhhh..seronok rasanyer.. Hari ini , aku terlihat satu iklan tv dari RTM berkenaan keseronokkan dan ketidaksabaran sepasang suami isteri nak balik kampung sampai tertinggal anak kat rumah lagi.. adoooiii..perkara camni pum boleh berlaku yek! Oklah..i want share you something. It's important for everyone for travel. Haaa..itu dia.. LANGKAH SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN Rancang Perjalanan Anda Anda dikehendaki mengenalpasti laluan yang akan diambil untuk mengelak memandu dalam keadaan teragak-agak. Tentukan terlebih dulu kawasan rehat menggunakan peta. Dapatkan Rehat Mencukupi Elakkan diri memandu di tengah malam ataupun awal pagi kerana ketika itulah tubuh memerlukan masa rehat. Perjalanan jauh selepas bekerja atau makan menyebabkan anda letih dan mengantuk. Elak Mengambil Minuman Atau Ubat Yang Beri Kesan Mengantuk Hindarkan perasaan negatif seperti marah, kecewa

Iklan Raya RTM 2014 - Ini Baru Raya!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Jom lah tonton  video ni..memang best.. Ketegasan seorang bapa untuk anak-anak yang menyibukkan diri dengan gadget masing-masing. Haaa..amek kaw! Kan dah kena buat kerja..kih3x Eh!..tapi betullah! x kan nak suruh mak bapak kita lak sediakan masakan untuk anak-anak mereka lak! x aci! So balik raya nanti..bawa skali duit belanja selama korang kat kampung.. Alhamdulillah..kalau ada family yang dah practise seperti ni  yek! tahniah!

Kes pesawat ditembak jatuh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sejak kebelangan ini, kita telah terbaca di dada-dada akhar akan kemalangan yang melibatkan pesawat. Dan baru-baru ini telah melibatkan negara tercinta kita, Malaysia. Entah apa malapetaka yang melanda Malaysia kini. Apakah negara kita yang harmoni ini turut diancam anasir2 luar..Subhanallah.. "lindungi kami Ya Allah rakyat Malaysia keseluruhannya dari segala ancaman luar dan hormanikanlah kehidupan kami dibumi Malaysia"

Mencari Lailatul Qadar

(Makalah ini menurunkan pendapat beberapa ulaam dipetik daripada beberapa kitab tafsir tentang Lailatul Qadar) Terdapat perbezaan pendapat tentang status surah al-Qadr samada Makkiyyah atau Madniyyah. Ada pendapat menyatakan ia adalah surah pertama diturunkan di Madinah. Dalam kitab al-Itqan memilih pendapat yang menyatakan ia adalah makkiyyah. Maksud diturunkan adalah untuk menzahirkan al-Quran dari alam ghaib kepada dunia syahadah. Dalam surah al-Qadr menegaskan bahawa al-Quran telah diturunkan dari Luh Mahfuz atau dari langit yang tertinggi (Jami al-Bayan, J. 15, hlm. 258) ke langit dunia iaitu Baitul Izzah pada malam Lailatul Qadar (Ruh al-Maani, J. 10, hlm. 198). Ini ditegaskan lagi dengan sebuah hadis daripada Ibn Abbas yang menyatakan bahawa al-Quran diturunkan kesemua sekali pada malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan ke langit dunia (Jami al-Bayan, J. 15, hlm. 258). Menurut Hamka, Lailatul Qadar memberi dua maksud, pertama; kemuliaan kerana setengah dari erti qadr

Tanda Malam Lailatul Qadar 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Setiap umat islam di dunia akan menantikan detik Lailatul Qadar. Saat-saat yang amat berharga dalam bulan Ramadan. Penantian dari 10 malam terakhir Ramadan kerana ianya penuh dengan keberkatan dan kelebihan uang tertentu. Bulan Ramadan, Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan Hadis Rasulullah s.a.w di antaranya firman Allah s.w.t Tanda Malam Lailatulqadar Ada beberapa pendapat yang memaklumkan tentang tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar 1- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita 2- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat 3- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud 4- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul Menur

Kenapa mesti MH17???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pagi ini aku dikejutkan dengan berita mengemparkan seluruh dunia, ketika kita sedang lena diulit mimpi indah, sedangkan ahli keluarga mangsa meratapi kematian mereka. Sedih dan sebak bila aku mendengar berita ini. Kenapa mesti MH17???  Kenapa mesti mereka menjadi mangsa peluru berpandu??? Jam 10.09 pagi, Malang telah melanda sekali lagi buat Malaysia. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Sebenarnya agak sukar untuk mencari ayat paling sesuai untuk mengambarkan senario ini selain memetik kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri " ini adalah hari yang tragik, dalam apa yang telahpun menjadi tahun yang tragik, bagi Malaysia".

Rasai Nikmat dan kemanisan Iman

Assalamualaikum dalam sejahtera. Nikmat beriman adalah anugerah ALLAH SWT kepada hamba-NYA yang terpilih.Mereka yang mengecap ketenangan, senang mematuhi suruhan dan larangan ALLAH, menerima Rasulullah SAW sebagai junjungan besar, maka ketika itu dia sedang merasi kelazatan beriman. Sesiapa yang ingin merasai kelazatan iman hendaklah seseorang itu; 1- Mencintai ALLAH  -     Menurut segala perintah-NYA dan menjauhi apa yang dilarang.     Terdapat beberapa cara untuk kita mencintai ALLAH yang boleh digunakan dalam kehidupan     seharian iaitu;     a) Mencontohi Rasullullah SAW dalam beribadat serta budi pekertinya yang terpuji.     b) Menjadi orang yang disukai oleh ALLAH.         Terdapat banyak firman dalam Al-Quran yang mengatakan ciri-ciri insan yang disukai oleh         ALLAH.     c) Membaca Al-Quran dengan rasa khusyuk dan memahami apa yang dibaca (termasuk tafsir).     d) Memperbanyakkan nawaffil iaitu beribadat dengan sukarela dan tanpa disuruh.     e) Sela

Tip melancong: Pengalaman kembara ketika berpuasa

Sebelum Ramadan, jadual pastinya padat dengan pelbagai aktiviti sehinggakan dalam sehari, dua atau tiga acara berjalan serentak. Saat itu juga ramai yang mengambil keputusan untuk pergi bercuti. “Nak cuti kena pergi sebelum puasa atau selepas raya...nanti dah puasa tak boleh dah bercuti.” Itulah antara kata-kata rakan yang biasa didengar apabila ditanya kenapa perlu tergesa-gesa bercuti sebelum Ramadan.  Puasa sememangnya sering dijadikan alasan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti luar termasuk pergi bercuti.  Takut tidak larat atau penat sehingga mendorong untuk berbuka puasa ­antara alasan kuat yang sering diberikan agar aktiviti menyeronokkan itu ­direhatkan ketika Ramadan. Namun, bercuti pada bulan puasa turut memberikan keseronokan tersendiri termasuk melihat suasana berpuasa di tempat orang dan budaya mereka. Selain itu, melancong di bulan mulia juga boleh menjadi alternatif yang menyenangkan selain sebagai ibadah daripada hanya duduk bermalas-malasan di rumah. 

Tip bajet elak pokai

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap kali bulan puasa, pasti semua orang dah pasti sibuk membuat persiapan raya. Termasuklah aku ni. Semangat nak raya bersama keluarga. Semua orang sama je jerrr...ngko hadeh?? Tak kisahlah apa jenis persiapan , samada pakaian, biskut, kasut , perhiasan rumah dan sebagainya. Tapi yang membuatkan aku pelik ni..tapi benar.. pembaziran. No matter what kind of the wasted, dah jadi perkara biasa kat Malaysia ni..haaiiii.. Bukan aper..bila kita dah syok membeli kita lupa lak..pulak awal bulan, baru keluar duit gaji lagi u!! Haa..syok tak terperasan..pokai boleh jadinya...haa..amek kaw!! So, sempena bulan ramadhan ni, saje jer aku nak share ngan you all , camne nak elak pokai untuk panduan kita bersama. Antara tips yang boleh dijadikan panduan...haa..jengoklah kat bawah ni yek!

Doa Untuk Gaza

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Doa di bawah ini adalah dari wassap yang aku terima untuk kita berdoa; "Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim..Ya Karim..Ya Muhaimin, Ya Azizu..Ya Jabbaar, Selamatkan saudara-saudara Islam kami di Gaza daripada Israel laknatullah.. Kuatkan iman mereka , kuatkan semangat mereka untuk mempertahankan masjidil Aqsa di sana..Ya Allah.. Ya Allah..Sebagaimana engkau pernah hantarkan burung-burung menghancurkan tentara bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah.. Turunkanlah bantuan mu kali ini kepada saudara-saudara kami dan selamatkanlah orang-orang islam di bumi negara Palestin.. Ya Allah..Hancurkanlah dan laknatkanlah mereka rejim zionis Yahudi sedahsyat-dahsyatnya.. Amin...Ya Robbal'alamin..." “Ditimpa kepada mereka (Ahli Kitab) kehinaan di mana sahaja mereka ditemui kecuali sekiranya mereka berpegang dengan tali Allah (agama Islam) dan menjaga perhubungan baik dengan sesama manusia. Dan mereka itu kembali den

Lagi..Gaza bermandi darah dibedil Israel

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Semoga kalian  dalam keadaan sihat di samping keluarga tercinta. Ntah di mana harus aku mulakan menulis hari ni. Setiap kali aku menaip, air mata aku mula berlinang, hati aku sebak, jiwa aku berontak untuk menulis untuk ku kongsikan bersama kesakitan hati yang aku bendung ini. Geram bercampur sedih tak kala teringatkan saudara seagama kita sana, sedang bertarung nyawa untuk mencari perlindungan. Sedang kelaparan kerana dibedil tanpa henti-henti  dan meratapi keluarga mereka yang mati syahid dibunuh tentera Zionis yang zalim lagi kejam.

Brasil kalah teruk!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selepas menonton tv bagai nak rak..semangat berkobar bagai kilang mercun dilontar mercun bola.. Akhirnya hasil yang aku dapat dari perlawanan bola yang aku tonton x sekusyuknya.. Brazil kalah 7-1 di tangan German...waduh! gimana si.. Betul2 giler ah!! Macam x sangka ..terkejut beruk aku weii...Baru minit ke-30, German dah mendahului 5-0!!! Tapi nak wat camne, tengok aje gasakan dari pemain German..laju jerr.. macam pesta GOL gayanyer.. Sedih, kesian, kesal bercampur geram memang pasti ada dalam setiap hati penonton dan penyokong sekaligus. But..what to do..we have to accept it..huhuhu AFP PHOTO/Miguel SCHINCARIOLorrea Mengetahui lebih lanjut, please klik - " Brasil kalah dengan Jerman "

Akhirnya ayah bebas

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah berbulan aku menanti, akhirnya berakhir sudah hukuman seorang anak kepada ayah. p-s - hanya yang mengikuti isu-isu ni saje yang tau..kih..kih.kih..malas akak nak ungkit cerita ni dik ooiii.. Lega rasanyer...hari ini 9 Julai 14, si ayah bebas dari penjara. Bukannya ada kaitan ngan akak dik nonnn...alaa...kisah si ayah yang tinggal kat Sweden yang telah di sabit kesalahan memukul anak-anak demi untuk mengajar anak sendiri. Haiiiii..macam-macam dunia ni. Apapun aku rasa turut gembira jugak bila mendengar berita ni. Walaupun si ibu nya belum tamat tempoh hukuman, sekurang-kurangnya anak-anak dapatlah beraya bersama sekeluarga. Ikutilah kisah selanjutnya dibawah..chewah! macam pembaca berita pulak aku..hehehe

Sabun Taharah Penyamak Najis Mughallazah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat kita semua. Semalam, aku ada terima pertanyaan dari seorang pembaca setia blog aku. Minta aku kongsikan tentang sabun penyamak najis mughalllazah dalam blog aku.. Oklaaa..no hal..lagipun aku dah lama menggunakan sabun ni. Memang nampak keberkesanan "Sabun Taharah" Yelaa.. dalam  kehidupan kita seharian, belum tentu kita yakin terselamat dari najis mughallazah. Betul tak? Manatau ..dalam dok kita melakukan akitiviti harian , tanpa kita sedari mungkin kita tersentuh najis mugallazah yang disentuh oleh orang bukan islam ..allaa non-muslim lerr. Walaupun Feqah memaafkan perkara-perkara yang diluar pengetahuan kita, tetapi bagaimana dengan kualiti ibadah kita sekiranya ia berterusan. Haaaa...ayooo...tak tauuuu??? So, dengan ada kini Sabun Taharah   yang diperbuat dari 90% bahannya dari tanah liat, tanpa bahan pengawet, dan tanpa bahan kimia boleh digunakan untuk menyamak najis mughallazah. Malah Sabun Taharah juga sesuai un

Adooooooooooooooiiiii....Kenyangnya.. :D

Rasa dah hilang idea nak tulis. Mata dah mula mengantuk. Gara-gara makan pelbagai makanan hari ini. Alhamdulillah ..kenyang bercampur seronok berbuka bersama family...berkumpul di rumah mertua.. Dengan masing-masing membawa makanan dari rumah dan makan bersama.. Perhhh..terserlah kebijaksanaan orang rumah semua..termasuk aku sendiri..hehehe .. perasan nampak? Pelbagai aneka juadah , kuih muih , minuman panas dan sejuk..dah macam bazar ramadhan kat sini. Buah durian pun ade weeiii..hahahaha Syukur kepada Allah.. Semua dapat bersama hari ni..walaupun cuti kami masing-masing dah tidak sama seperti sebelum ini. Semoga kita dapat bersama semula seperti ini..insyaallah..

Keracunan Makanan

Assalamualaikum dan salam kasih sayang .. Memandangkan aku pernah mengalami keracunan makanan sebelum ni..aku nak share ngan korang cara mengubati dengan ubat semulajadi yang aku amalkan.. Secara jujur..aku takut makan ubat...tapi aku suka makan jamu ..errmmm..pahit tak mengapa.. Panas haba herba pun ok ..ntah tak tau ..yang aku memang " x suka makan UBAT!!!" Oklaa..kalau korang pernah terkena sakit seperti ni, ada 4 cara korang boleh ubati. 1- Halia Ia ubat semulajadi untuk mengubati keracunan makanan. Rasa pedas ini mengandungi antibiotik semulajadi yang akan  membuatkan perut anda menjadi normal. * Aku memang suka sesangat masakan bercampur halia. Specially for vegetable soup. 2- Jus lemon Sentiasa menyimpan jus lemon dalam peti ais untuk dicampurkan dengan minuman. Lemon mengandungi sejenis asid yang dapat membunuh bakteria jahat dalam perut. * Sering bawa bekal air jus lemon. Minum selepas makan. Memang segar diminum bersama ais.